Sunday 31 March 2013

PROGRAM LAWATAN KE LIMA 13

TARIKH : 28-29 MAC 2013
TEMPAT :LANGKAWI
 
PROGRAM: LAWATAN  PALAPES UM  KE LIMA 2013

PENGLIBATAN PEGAWAI KADET KANAN:

1. PKK ISMAIL BIN JALALUDDIN
2. PKK BRANDON CHAI AN WENG 
3. PKK SALMIA BINTI SALING  
4. PKK FIRDAUS AFIFI BIN MD ISA  
5. PKK MOHD AIZAT BIN ABDULLAH SHOHIM  
6. PKK NUR AQIDAH BINTI BAHAROM  
7. PKK MAISARAH BINTI MAZHAR


LIMA ( Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition ) 2013 telah berlangsung pada 26 – 30 Mac 2013. Pameran Maritime dan Aerospace yang telah bermula sejak tahun 1991 diadakan di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) , Langkawi. Seramai 29 anggota PALAPES Laut dan Darat telah menyertai rombongan ke LIMA diiringi oleh 10 pegawai dan staf PALAPES UM.  PK KPL Mohd Syamimi bin Mat Zain, anggota PALAPES Darat telah dilantik menjadi ketua rombongan ketika itu.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi peluang bagi menyaksikan pameran serta pertunjukan aerobatik Pameran Udara dan Maritim  Antarabangsa Langkawi yang hanya berlangsung sekali 2 tahun. Disamping itu untuk merasai pengalaman unik melihat sendiri aset-aset pertahanan yang terlibat dalam menjaga kedaulatan negara. Bukan itu sahaja, bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke Langkawi inilah keadaan yang paling sesuai untuk mengenali Langkawi dan sejarahnya dengan lebih mendalam.

Antara aktiviti lain yang dilakukan :-
1) Lawatan ke Kilang memproses minyak gamat
2) Lawatan ke Beras Terbakar
3) Membeli- belah di Cenang Mall
4) Membeli- belah di Haji Ismail Group (HG)
5) Bersiar-siar di kawasan pantai Cenang


Jeti Kuala Perlis
solat di Masjid Al-Husain
naik feri dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi
tempat memproses minyak gamat

kedai produk Gamat yang menjual ubat-ubatan tradisional



lawatan ke beras terbakar
Haji Ismail mall menjual pelbagai jenis coklat

PDL , pegawai dan staf yang terlibat dalam rombongan ini
bergambar di hadapan H.T.M.S. Phuket, Royal Thai Fleet
bergambar di hadapan BNS Dhaleshwari, Bangladesh



dibelakang adalah model Eurofighter Typhoon yang pertama kali dipamerkan


grenade

TNI Angkatan Udara ( indonesian air force)

dewan Mahsuri

Tuesday 19 March 2013

ROTU Challenge 2013

TARIKH : 16 & 17 MAC 2013
TEMPAT : KOLEJ KEDIAMAN DAYASARI (5th),
SIRKIT MERENTAS HALANGAN DAN LAPANG SASAR PALAPES, UNIVERSITI MALAYA (Majlis Penutupan)
PENGLIBATAN : KADET PALAPES UM (LAUT-DARAT)


ROTU Challenge atau singkatannya RC adalah satu projek yang berprestij dibawah naungan jawatankuasa perkembangan palapes Kolej Kediaman Dayasari dengan kerjasama PALAPES Universiti Malaya. ROTU Challenge bertujuan bagi meneruskan tradisi kegemilangan PALAPES Universiti Malaya sebagai sebuah organisasi yang tersusun dan cemerlang.

Projek ini juga diadakan untuk mempamerkan aset ketenteraan yang terdapat pada peringkat PALAPES dan seterusnya menunjukkan kemampuan sebagai seorang Pegawai Kadet PALAPES kepada mahasiswa/i dan seluruh warga kampus Universiti Malaya umumnya dan warga di setiap kolej di Universiti Malaya khususnya. Melalui perlaksanaan projek ini juga secara tidak lansung Pegawai Kadet Palapes UM dapat mempelajari cara untuk berkerja dalam sesebuah organisasi yang tersusun dan saling berkerjasama antara satu sama lain.
 
Majlis penutupan ROTU Challenge telah dihadiri oleh Yang berbahagia Prof Datuk Dr. Rohana Binti Yusof, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya, Dr. Rohana binti Mahmud, Pengetua Kolej Kediaman Ke-lima, Prof Madya Dr. Ahmad Salihin bin Haji Baba, Pengetua Kolej Kediaman Ke-12, Mejar Mohd Nazar bin Ali, PTj PALAPES UM, LT. Ahmad Saufi Bin Abdul Rahman psstldm, Penasihat Projek ROTU Challenge , pegawai-pegawai latih, jurulatih-jurulatih, saudara Syed Ahmad Nazrullah bin Syed Mohd, Presiden Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman Kelima, Pegawai Kadet  SJN Wan Akram bin Wan Mahmood, Pengarah Projek ROTU Challenge 2013, serta orang awam. 

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah :
1. Pameran ketenteraan
2. Iron team
3. Bola tampar
4. Bola jaring
5. Demonstrasi  rempuh halangan
6. Persembahan pecah genting
7. Puisi perang
8. Menembak pistol Glock 17 dan Vector 


Untuk pertandingan Iron team telah dibuat secara berkumpulan dan diwakili oleh 2 orang daripada  PALAPES Laut , 2 orang daripada PALAPES Darat, 2 orang daripada SUKSIS dan 2 orang awam. Di bawah adalah keputusan seluruh berlawanan:

Keputusan Iron Team
TEMPAT PERTAMA
PASUKAN ECHO

1. MUHAMMAD AMRI BIN RUSLI
2. NURUL ATHIRAH BINTI ISMAIL
3. MOHAMAD NAZRI BIN MOHAMAD
4. AZLIA BINTI MOHAMAD SALIM
5. MOHD GHAZALY BIN MOHD ZAIN
6. NORAZRIAH OLLEH
7. MUHAMMAD SHOLAHUDDIN AL-FATIH BIN AYOB
8. AZIZAH BINTI ABD HALIM

TEMPAT KEDUA
PASUKAN FOXTROT

1. MUHAMMAD SYUKRI BIN MUHAMAD
2. MUNIRAH BINTI MUNIF
3. MOHAMAD AIZAT BIN ABDULLAH SHOHIM 
4. HAMIMAH HUSNA BINTI HASHIM
5. LEAW JOKE SENG
6. WAN MOHD SHAHDAN
7. AZVIN RIDZUAN SHAH

TEMPAT KETIGA
PASUKAN DELTA

1. MUHAMMAD KAMIL BIN MUHAMMAD SOFI
2. SITI NURFATIHAH BINTI HAIMI
3. FIRDAUS AFIFI BIN MD ISA
4. ASMAA NABILAH BINTI ABD RASHID
5. MUHAMMAD HANAFIAH NORDIN
6. IZZAH ATIRA NASRIN BINTI ZULKIFLI
7. AWANG SHAHRULNIZAM
8. MIRA  JULIANA

Keputusan Bola Tampar
TEMPAT PERTAMA
PASUKAN KK8

1. MUHAMMAD FARHAN BIN MD YUSOF

2. JOHAIZAR BIN MD JALIL
3. MOHD AZRIE BIN MOHD DAUD
4. MOHD SAFWAN BIN MOHD
5. WAN MOHD HANIF BIN WAN ABDULLAH
6. MUHAMMAD NAJWAN BIN AMAT YAHAYA
7. MOHD BAMBANG BIN MUALIP

TEMPAT KEDUA
PASUKAN HAKIM 

1. MUHAMMAD HAKIM BIN EMRAN
2. CHARLES TIONG HIENG HOU
3. MUHAMMAD AFUAN BIN MOHD ZUKI
4. MUHAMMAD LUQMAN BIN BAHARI
5. MOHD SYAHIR BIN SAMSURI
6. OMAR MOKHTAR BIN CHE OTHMAN

TEMPAT KETIGA

SNIPER 32

1. MOHD SYAMIMI BIN MAT ZAIN

2. AMIR ASHRI BIN MOHAMED HANIM@KAMAL
3. MOHAMAD KHAIRUL DHAMIRI BIN ROMLI
4. MUHAMAD SAIFULLAH BIN AHMAD
5. MUHAMMAD KAMIL BIN MUHAMMAD SOFI
6. MUHD FIRDAUS BIN MOHD YUSUFF

Keputusan Bola Jaring
TEMPAT PERTAMA
THE NAVY

1. NOR AZREEN BINTI HAMDAN

2. NOR AFEERA BINTI HAMDAN
3. SITI SHAHIRAH BINTI SAIDI
4. HANIES YUHANA BINTI OTHMAN
5. SITI FAIRUS BINTI KAMARUDDIN
6. JULINA BT ALIAS
7. ROSDIYANTY BT MOKHTAR
8. NURSYAHIRAH BT ZULKARNAIN

TEMPAT KEDUA

AWAM

1. CHE NABILA HUDA BTE CHE SAMSUDDIN

2. HAZWANI BT W.IBRAHIM
3. NURUL HUDA BT M.YUSOF
4. NURAINA BT AZIZ
5. MURNI SHAFILA BT SAAD
6. NOR ZAYANI ASMA BT CHE OMAR
7. WAN HASLINA BT MOHD NOOR
8. WAN NURADHIAH BT WAN IBRAHIM

TEMPAT KETIGA

SNIPER 32

1. NURUL ASIKIN BINTI ELIAES 

2. NUR HASRIYANAH BINTI TAHIR
3. NOR HAMIDAH BINTI HJ ABDUL RAZAK
4. NUR HAZIMAH BINTI MAT YAMIN
5. NUSAIBAH BINTI SALLEH
6. FARAHANIS BINTI KARIM
7. NOOR ZULAIKA BINTI MUSA
8. SITI FATINI NABILAH BINTI MAT YUSUFF
9. SITI KHADIJAH BINTI ISMAIL

Sekalung ucapan tahniah diberikan kepada semua pemain dan peserta dari setiap pertandingan kerana telah membuktikan kemampuan dan ketahanan fizikal malah berjaya menunjukkan prestasi yang terbaik ketika bermain sehingga tamat permainan. Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring Navy kerana telah memenangi tempat pertama. Semoga anugerah ini akan menjadi pendorong dan semangat untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang dalam karnival sukan PALAPES LAUT yang akan datang.  

" BRAVO ZULU "

Antara gambar-gambar menarik ; 

banner RC 2013
minuman cendol turut disediakan
minum pagi vip jemputan bersama pegawai PALAPES & SUKSIS

model perkampungan RC
rangsum makanan diatas meja hidangan Belantara
kubu General Purpose Machine Gun ( GPMG)
kubu Mortar
Hamock Rejimen Askar Melayu Diraja
jerat ayam hutan
jerat hempap
jerat pelanduk
jerat babi
iron team antara PALAPES DARAT-LAUT & SUKSIS

perlawanan bola tampar : tinggi sangat lambung tu
demo merempuh halangan

sketsa menyelamatkan tebusan & demo pecah genting
team persembahan sedang melakukan persiapan terakhir
puisi perang
penyampaian penuh syahdu dalam puisi perang

Tuesday 12 March 2013

Persiapan Perkampungan ROTU Challenge 2013


Rotu Challenge (RC) adalah satu program yang bersifat ketenteraan yang dianjurkan atas kerjasama kolej kediaman kelima UM dan PALAPES UM. Program ini bertujuan agar orang awam dapat mendekati, mempelajari dan merasai serba sedikit tentang ilmu ketenteraan. Kedatangan Rotu Challenge yang dinanti-nanti pada 16 dan 17 Mac 2013 ini dipenuhi dengan persiapan yang hebat dan teliti. Persiapan menjadi semakin rancak bermula dua minggu sebelum kedatangan RC. Pada setiap petang setelah tamat kelas, kami akan berkumpul di belakang surau kolej kediaman kelima untuk menebang buluh dan menganyam daun nipah.

Beberapa pengagihan tugas yang perlu disiapkan:
1. pintu gerbang perkampungan
2. menara tinjau puncak angkasa
3. pondok perwira
4. penggalian kubu
5. meja santapan rimba
6. rak dan tempat masak
7. pagar persona
8. papan kenyataan
9. kawasan jerat

Persiapan Rotu Challenge Village ini menghasilkan kerjasama yang lebih erat antara PALAPES Darat dan PALAPES Laut. Segala susah senang dalam menyempurnakan persiapan ini kami harungi bersama-sama. Selain itu warga PALAPES Laut juga dapat mempelajari banyak perkara baru seperti dalam membina kubu dan pondok.

_sedia berkorban_ 
  
berpeluh keringat mencari dan membelah buluh

cermat dalam menganyam daun pelepah


kadet navy masuk ke hutan untuk mendapatkan buluh


penuh berhati-hati membelah buluh
proses penggalian kubu
Pondok Setia Bakti  dalam proses pembinaan
proses membangunkan menara tinjau puncak angkasa
replika kapal untuk pameran hasil ciptaan ambilan 12
 BRAVO ZULU :)
replika KD Jebat (29) dan KD Lekiu (30)

“Sesungguhnya seorang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan,
sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)