Wednesday 19 March 2014

Perbarisan Penghargaan dan Pembukaan Latihan PALAPES dan KOR SUKSIS Universiti Malaya 2014

10 Mac 2014, Dataran Dewan Tunku Canselor- Upacara yang baru selesai terlaksana baru-baru ini iaitu Perbarisan Penghargaan dan Pembukaan Latihan PALAPES dan KOR SUKSIS Universiti Malaya 2014 dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Malaya,  Yang Berbahagia Prof Dato' Dr. Mohd Amin bin Jalaludin.

          Perbarisan pembukaan latihan pada kali ini melibatkan PALAPES Laut, Darat dan juga Kor Suksis yang terdiri daripada 11 orang Pegawai serta 300 Pegawai Kadet.  Turut memeriahkan upacara ini dengan penglibatan pasukan pancaragam daripada Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (PUZIDA) yang diketuai oleh PW II Daman Anak Kirem.

          Ketibaan Pegawai Tabik Hormat seterusnya upacara diteruskan dengan pemeriksaan barisan hadapan. Antara dif-dif kehormat yang hadir upacara ini adalah Komandan PALAPES Universiti Malaya Yang Berbahagia Kolonel (kehormat) Tan Sri Dr Ghauth Jasmon, Naib Canselor Universiti Malaya Yang Berbahagia Prof Dato' Dr. Mohd Amin bin Jalaludin, Komandan Kor Suksis Universiti Malaya Yang Berbahagia Senior Assistant Commissioner Kehormat Prof Datuk Dr Rohana binti Yusof, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Yang Berbahagia Mejar (kehormat) Prof Datuk Dr Mizan bin Hitam.

          Turut serta dalam upacara Perbarisan Penghargaan dan Pembukaan Latihan PALAPES dan KOR SUKSIS Universiti Malaya 2014 Yang Berbahagia wakil dari Markas Latihan, Pegawai Memerintah KD Sri Klang Yang Berbahagia Komander Prof Madya Jamalunlaili bin Abdullah PSSTLDM, Timbalan Komandan PALAPES UM Yang Berbahagia Mejar Prof Dr. Abdul Halim bin Mokhtar dan Ketua Jurulatih PALAPES UM Yang Berusaha Mejar Ahmad Azali bin Jaya.

          Upacara ini diakhiri dengan persembahan deklamasi sajak dengan diiringi pancaragam daripada PUZIDA menaikkan lagi suasana majlis pada pagi tersebut yang diadakan di dataran Dewan Tunku Canselor UM. Semua yang hadir dijemput untuk upacara bergambar setelah majlis selesai.


















.