Monday 13 October 2014

PERBARISAN KAWALAN KEHORMAT UNIVERSITI MALAYA 2014

Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, 13 Oktober 2014 – Majlis Istiadat Konvokesyen UM 2014 telah menerima kunjungan Canselor UM, Duli Yang Teramat Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Dr Nazrin Muizuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah.

                Bersempena dengan itu, seramai 90 orang pegawai kadet PALAPES UM yang mana telah menggabungkan PALAPES Laut dan juga Darat telah terlibat dalam Perbarisan Kawalan Kehormat Universiti 2014.

                Pada hari Isnin tersebut, perbarisan kawalan kehormat yang diketuai oleh Kapten Dr Syed Abdul Razak Sayed Mahadi dari Regimen Askar Wataniah, telah berlangsung dengan diiringi pasukan pancaragam dari Rejimen Askar Wataniah.  Dewan Tunku Canselor telah menyaksikan barisan Palapes UM dengan uniform Darat dan Laut bersatu dan gah berdiri di hadapan menyambut ketibaan Duli Yang Teramat Mulia Sultan Perak.













"SEDIA BERKORBAN"