MENGENAI KAMI

SEJARAH


Pada 15 September 2000, PALAPES di bawah naungan Universiti Malaya mencatatkan satu lagi sejarah dengan penubuhan PALAPES (Laut). Penubuhan tersebut adalah bersempena dengan pemakaian pangkat oleh Kepten Kehormat TLDM kepada Naib Canselor Universiti Malaya pada masa itu iaitu Yang Berbahagia Profesor Dato' Dr. Anuar Zaini Md. Zain. Sehingga April 2013, seramai 6 orang pegawai yang telah silih berganti menjawat jawatan sebagai pegawai koordinasi PALAPES (Laut), Universiti Malaya.
 

Kept (K) Prof. Dato’ Dr. Anuar Zaini Bin Md Zain, PSSTLDM
KOMANDAN KELIMA
(9 Mac 2000-31 Mac 2003)


Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau singkatannya PALAPES Laut merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah naungan unit simpanan TLDM. Universiti Malaya merupakan universiti ke-5 yang menubuhkan PALAPES (Laut). Pentadbiran PALAPES (Laut), Universiti Malaya terdiri daripada anggota tetap TLDM dan anggota Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) unit KD SRI KLANG. Bahagian simpanan TLDM menempatkan seorang pegawai berpangkat kepten di KD SRI KLANG yang menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah (CO). Beliau dibantu oleh pegawai simpanan dan anggota tetap TLDM sebagai jurulatih. Seorang Pegawai Koordinasi telah dipertanggungjawabkan untuk membantu pentadbiran PALAPES di IPTA yang mendaftar di bawah unit KD SRI KLANG. Kini PALAPES (Laut), Universiti Malaya semakin bertambah sehingga pengambilan ke-17 pada tahun ini.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh PALAPES (Laut), Universiti Malaya ialah Istiadat Perbarisan Kawad Konvokesyen yang diadakan pada setiap tahun. Selain itu, aktiviti fizikal seperti mendaki gunung, berakit, berkayak dan menembak turut menjadi agenda wajib yang disediakan untuk pegawai kadet PALAPES (Laut), Universiti Malaya. Walaupun kekurangan kemudahan tempat pembelajaran, kelas teori masih dijalankan bagi meningkatkan ilmu kelautan dan pelayaran. Bermula pada tahun 2007, pegawai kadet yang menunjukkan prestasi yang terbaik akan terpilih mewakili PALAPES Universiti Malaya ke delegasi luar negara.

Setelah sedekad berlalu, sehingga tahun 2018 genap 16 ambilan pegawai kadet PALAPES Laut UM telah ditauliahkan. Sehingga kini dianggarkan hampir 500 orang pegawai kadet PALAPES (Laut), Universiti Malaya telah memakai pangkat Leftenan Muda. Dalam kalangan mereka, terdapat pegawai yang masih berjiwa kental dan bersemangat waja untuk terus bergiat aktif dalam Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia, PSSTLDM.

PALAPES (Laut), Universiti Malaya banyak melahirkan graduan yang bukan sahaja berjaya dari sudut akademik malah dapat menghasilkan pegawai simpanan sukarela yang mempunyai nilai-nilai patriotisme yang tinggi dalam diri mereka. Hal ini seiring dengan 4 teras nilai murni TLDM iaitu kemuliaan, kesetiaan, keberanian dan kebanggaan. Oleh itu, diharapkan agar generasi PALAPES Laut UM yang seterusnya boleh mengalas amanah dan memikul tanggungjawab bagi meneruskan legasi yang bakal merubah masa hadapan negara. 

Berikut merupakan antara negara yang dilawati bagi Program Delegasi PALAPES Universiti Malaya:

1. Indonesia (2007)
2. Vietnam (2008)
3. Thailand, Bangkok (2009)
4. Filipina, Manila (2010)
5. China, Beijing (2011)
6. Kemboja, Phnom Penh (2012)
7. Kemboja, Phnom Penh (2013)
8. Vietnam (2014)

Namun begitu, semenjak ekonomi negara semakin meleset, beberapa kekangan telah menjadikan Program Delegasi PALAPES UM tidak dapat diteruskan. Peruntukan yang semakin sempit tidak menjadi halangan untuk PALAPES UM melakukan pelbagai aktiviti yang menarik meskipun tidak melibatkan negara luar. 

3 comments:

  1. Negara dilawati PALAPES UM

    - 1 : Indonesia (2007)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo. yeke? tq. kiranya dah 7x delegasi lah ye

      Delete
  2. Tahun 2011 terdapat dua lawatan antarbangsa iaitu ke Indonesia iaitu atas tajaan pihak Canselori (Hadiah daripada Naib Canselor sempena pentauliahan di UTHM) dan juga lawatan yang sememangnya dirancang iatu Beijing China. Tahun 2014 lawatan ke Ho Chi Minh Vietnam. Tahun 2008 juga lawatan ke Ho Chi Minh City.

    ReplyDelete