Sunday, 24 February 2013

Pra -ACT Kadet Ambilan 13

TEMPAT : KD Sri Klang
TARIKH : 23 JANUARI 2013 -6 FEBRUARI 2013
PROGRAM : LATIHAN BERTERUSAN TAHUNAN  

Pegawai kadet ambilan 13 seramai 27 orang telah menghadiri latihan berterusan tahunan yang diadakan di KD Sri Klang (KDSK). Terdapat 3 unit IPTA yang telah mengikuti latihan di KDSK iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) , Universiti Malaya  (UM), dan Universiti Teknologi mara (UITM). Kekuatan penuh setiap unit IPTA adalah seramai 83.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan antaranya adalah jalan lasak, latihan menembak, jiwa murni, malam mesra, lawatan ke ALAM dan Muzium Tentera Laut. Kami juga didedahkan dengan ilmu ketenteraan secara lebih mendalam dengan menghadiri kelas teori. Antara subjek yang diajar adalah communication, tradition and customs, seamenship, navigation, gunnery dan lain-lain. Bagi pegawai kadet ambilan 13 berasa teruja kerana pertama kalinya telah didedahkan dengan ilmu2 ketenteraan secara mendalam. Aktiviti EMA dan EA juga dapat dilakukan dengan baik oleh pegawai kadet walaupun sebelum ini mereka tidak pernah menjalani sebarang latihan ketenteraan. Namun begitu, aktiviti ini merupakan pengalaman yang paling berharga yang perlu terpahat di ingatan.




pegawai kadet ambilan 13 bergambar bersama LT MUDA SITI MUNIRAH
sebelum bertolak ke KDSK.

antara gelagat para kadet ketika EA dilakukan.




kelas bersama LT JUHAIZAL






aktiviti jalan lasak bersama PTI SHUKRI.

bergambar bersama setelah selesai aktiviti menembak.

Thursday, 7 February 2013

Latihan Berterusan Palapes Laut


Latihan berterusan yang dijalani oleh warga PALAPES Laut UM sememangnya meninggalkan seribu kenangan sama ada manis atau pahit. Melalui latihan berterusan ini juga, segala ilmu dalam bidang ketenteraan dapat ditimba oleh semua Pegawai Kadet.  Sesungguhnya, segala ilmu yang diperolehi di KDSK mahupun KDSI 1 mampu mendewasakan dan mematangkan sahsiah, kepimpinan dan keperibadian para Pegawai Kadet. Untuk menghadapi latihan ketenteraan ini sememangnya memerlukan persediaan yang cukup. Persediaan yang dimaksudkan ialah persediaan dari segi mental, fizikal dan emosi. Cabaran  dan dugaan yang dihadapi sepanjang latihan bakal mampu membentuk jati diri dan mampu  melatih Pegawai Kadet dari segi ketahan mental dan fizikal.



full strength PDL intake 11 & 12 -bergambar sebelum 'tayar bergolek'

kekuatan penuh! intake 13 bergambar bersama Lt Saufi dan pegawai pengiring



Akhirnya latihan tahunan palapes  selama 2 minggu berakhir dengan jayanya, baik midshipmen mahupun kadet. Latihan berterusan para Pegawai Kadet telah diadakan di KD Sri Klang, manakala latihan berterusan para Pegawai Kadet Kanan telah diadakan di KD Sultan Idris 1. 


KD Sultan Idris 1- pusat latihan bagi pegawai kadet kanan

KD Sri Klang- pusat pra-latihan berterusan bagi pegawai kadet

Ketika kawan-kawan yang lain sedang berseronok di kampung halaman masing-masing  semasa cuti akhir semester, namun para Pegawai Kadet tetap gigih bermandi keringat di tempat latihan. Hal ini menunjukkan bahawa para Pegawai Kadet rela mengorbankan waktu  cuti mereka untuk bersama-sama menjalani latihan semata-mata untuk memastikan diri sentiasa bersedia menghadapi apa jua anasir-anasir jahat pihak musuh. Semua ini dilakukan bukan kerana terpaksa tetapi atas kesedaran bahawa negara ini memerlukan golongan pelapis muda untuk menjaga dan mempertahankan negara yang tercinta.

Monday, 14 January 2013

Majlis Pemakaian Pangkat Palapes Laut UM Pengambilan 12

TARIKH : 12 JANUARI 2012
TEMPAT : KD SRI KLANG
ACARA : MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KADET KANAN PALAPES LAUT UM PENGAMBILAN 12.

Secara rasminya seramai 13 orang Pegawai Kadet ambilan 12 telah dinaikkan ke pangkat Pegawai Kadet Kanan berkuatkuasa 12 Januari 2013. Upacara telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah KD Sri Klang, Kept Jamal bin Nuruddin, PSSTLDM. Majlis turut dihadiri oleh semua bakal Pegawai Kadet Kanan PALAPES Laut UITM Pengambilan 15 dan PALAPES Laut UPM Pengambilan 8. 


 
pemakaian pangkat pegawai kadet

pemakaian pangkat PK Amira
pemakaian pangkat PK Hamimah Husna

pemakaian pangkat PK Aizat


pemakaian pangkat PK Ruhaiza

 
kept. Jamal ramah bertegur dengan pegawai kadet , PK Maisarah


cermat kept. Jamal memakaikan pangkat di bahu PK Farah Ayu

Didalam ucapannya,kept Jamal menekankan supaya setiap ahli Palapes Laut berjaya menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dan seterusnya semoga tidak gentar untuk berjuang demi negara.Beliau juga memberikan nasihat kepada para PDL dalam bentuk peringatan bahawa sesungguhnya apa yang telah menjadi milik kita belum tentu ianya kekal menjadi hak milik. Oleh itu, sebelum ianya musnah kita haruslah setia dalam memperjuangkan dan mempertahankannya hak sehingga ke hujung nyawa. Demikian ini, kita haruslah mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan segala kemungkinan yang akan datang di kemudian hari.

Sunday, 6 January 2013

Selamat menempuhi Peperiksaan

Setelah berakhirnya sesi pembelajaran untuk semester ini , maka sudah pastinya akan tiba hari yang ditunggu2 iaitu hari peperiksaan bagi setiap universiti di Malaysia  (Universiti luar negara saya tidak pasti ) . Peperiksaan telah/bakal menjelma. Yang itu sudah pasti. Antara kegagalan atau kejayaan bakal menjelma. Tanpa mengira susah atau senang sesuatu subjek itu namun diharapnya kepada semua Ahli Palapes Laut UM telah membuat persediaan yang cukup untuk menjawab soalan peperiksaan nanti .
walaubagaimanapun tetap buatlah persiapan sebelum tibanya hari peperiksaan tersebut. Hargai masa dan cuba untuk memanfaatkan segenap masa yang ada untuk menelaah matapelajaran. Pastikan kita betul-betul memahami ape yang diajar oleh pensyarah. Berusaha dengan bersungguh2. sekiranya tidak faham,  tanyalah rakan serta boleh je tanya pensyrah yang mengajar anda. 
Semoga kejayaan bersama kita semua. Aminn. All the best to all of you.


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA GENG PALAPES LAUT
UNIVERSITI MALAYA
SEMOGA KALIAN TENANG DALAM MENJAWAB SOALAN DAN BERJAYA DENGAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG

GOOD LUCK & DO YOUR BEST!


bittaufiq wannajah



_ PALAPES LAUT UM_

Wednesday, 14 November 2012

DELEGASI AKADEMIK DAN PENGANTARABANGSAAN PALAPES UM KE KEMBOJA

TARIKH : 5-9 NOVEMBER 2012
TEMPAT : KEMBOJA
PROGRAM: LAWATAN AKADEMIK DAN PENGANTARABANGSAAN PALAPES UM
PENGLIBATAN PEGAWAI KADET KANAN:
1. PKK AHMAD HAMDI BIN AHMAD
2. PKK ISMAIL BIN JALALUDDIN
3. PKK MUHAMMAD BIN ZAINUDIN
4. PKK EZZAT BIN ROSLAN
5. PKK SALMIA BINTI SALING
6. PKK RABIATUL ADAWIYA BINTI MOHD NASIR
7. PKK NORFADHILAH HANIS BINTI ZAHARI

PALAPES Universiti Malaya telah mengadakan Lawatan Akademik dan Pengantarabangsaan ke Kemboja pada 5 hingga 9 November 2012. Lawatan ini dianggotai oleh 17 orang Pegawai Kadet  yang terdiri daripada 7 orang PALAPES Laut dan 10 orang PALAPES Darat,7 orang pegawai sukarela dan 6 orang pegawai tetap. Ketibaan anggota telah disambut oleh Penasihat Pertahanan Malaysia iaitu Kolonel Adnan Bin Ariffin.

Lawatan ini telah memberi peluang kepada Pegawai Kadet Darat dan Laut untuk bersama-sama membawa nama PALAPES Universiti Malaya ke arah pengantarabangsaan. Sepanjang lawatan, Pegawai Kadet diberikan pendedahan mengenai struktur ketenteraan di Kemboja disamping memahami kebudayaan dan gaya hidup di sana. Pegawai Kadet juga berpeluang mengamati suasana bandar Phnom Penh khususnya dan bandar Kemboja amnya dari aspek sosio-politik, ekonomi dan kebudayaan. 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah;

Hari pertama, 5 November 2012,
  • Taklimat keselamatan daripada Penasihan Pertahanan di bilik Mekong 1
  • Lawatan ke Tapak Pembunuhan atau lebih dikenali sebagai ‘Killing Field’
  • Lawatan ke Tuol Sleng Genocide Museum atau S-21.
  • Membeli belah ke Russian Market(Pasar Toul Tom Poung)  

Hari kedua, 6 November 2012,
  • Lawatan ke  Pejabat Kedutaan Malaysia di Kemboja
  • Lawatan ke National Defence University(NDU).
  • Lawatan ke Royal Palace
  • Lawatan ke National Museum

Hari ketiga, 7 November 2012,
  • Lawatan ke “Cadet Officer School of Cambodia”.
  • Lawatan ke Royal Cambodian Navy Headquarters.
  • Membeli belah di Soraya Shopping Mall dan Central Market

Hari keempat, 8 November 2012,
  • Lawatan ke Royal University of Law and Economics (RULE).
  • Sesi interaksi dengan RSMTD iaitu PW I Musa bin Haron
  • Makan malam dengan pihak kedutaan di “Bhopa Phnom Penh Titanic Restaurant”

Hari kelima, 9 November 2012,
  • membeli-belah di Phnom Penh sebelum bergerak pulang ke Malaysia


ketibaan anggota yang terlibat sampai di airport


Lawatan ke tapak pembunuhan
bergambar kenangan di memorial choeung ek di kawasan tapak pembunuhan
lawatan ke Toul Sleng Genocide Museum atau lebih dikenali sebagai S-21
bergambar kenangan di S-21
anggota PDL yang terlibat
menaiki feri ke sungai mekong




Lawatan ke Royal University of Law and Economics (RULE)