Tuesday, 27 October 2015

Perbarisan Kawalan Kehormat Universiti Malaya 2015



Dewan Tunku Canselor,Universiti Malaya, 17 Oktober 2015 – Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) 2015 telah diserikan dengan upacara pembukaan istiadat kawad konvokesyen yang telah dijayakan oleh Palapes Laut dengan kolaborasi Palapes Darat Universiti Malaya.

      Bersempena dengan itu, seramai 80 orang pegawai kadet PALAPES UM gabungan PALAPES Laut dan juga Darat telah terlibat dalam Perbarisan Kawalan Kehormat Universiti 2015.Pada hari kejadian, perbarisan kawalan kehormat yang diketuai oleh Kapten Dr Syed Abdul Razak Sayed Mahadi dari Regimen Askar Wataniah, telah berlangsung dengan diiringi pasukan pancaragam dari Rejimen Askar Wataniah. Dewan Tunku Canselor telah menyaksikan barisan Palapes UM dengan uniform Darat dan Laut bersatu dan gah berdiri di hadapan menyambut ketibaan Duli Yang Teramat Mulia Sultan Perak.

 Sedikit taklimat sebelum perbarisan berlangsung oleh Pegawai Waren Askar Wataniah

 Pemeriksaan percubaan perbarisan oleh jurulatih

 pasukan pancaragam dari Rejimen Askar Wataniah yang bersemangat!

 Perbarisan yang diketuai oleh Kapten Dr Syed Abdul Razak Sayed Mahadi masuk baris

 Pemeriksaan barisan oleh Canselor UM, Duli Yang Teramat Mulia Sultan Perak

 Sesi bergambar oleh Palapes Laut dan Darat

Palapes Laut bergambar sebagai kenangan

Perbarisan kawalan kehormat Universiti Malaya bagi tahun 2015 berjaya ditamatkan dengan gemilangnya sekali oleh Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Malaya. Diharapkan semangat kerjasama yang ditonjolkan oleh pegawai dalam latihan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara pegawai dan jurulatih pada masa yang akan datang.sekian,sedia berkorban.



Minggu Promosi PALAPES Laut, UM.

Kuala Lumpur, 31 Ogos – 7 September 2015: Promosi Pengambilan Pegawai Kadet Palapes Laut UM telah berjalan dengan lancar di sekitar Dewan Tunku Canselor serta Padang Varsiti bermula pada 31 Ogos 2015. Promosi yang dijalankan pada tahun ini berjaya menarik penyertaan yang memberangsangkan daripada pelajar Tahun Pertama.


Penerangan tentang PALAPES Laut UM kepada pelajar baharu.

Pelajar baharu mengisi borang.

Pegawai Kadet Kanan bersedia untuk aktiviti pameran.

Sedia berkorban!

Pertunjukan 'sword bearing' oleh Leftenan Muda.


Calon yang telah mendaftarkan nama melalui edaran flyers serta borang penyertaan bakal menjalani beberapa fasa bagi tujuan penapisan seperti ujian kecergasan, pemeriksaan kesihatan, tapisan keselamatan, pra-temuduga dan temuduga akhir. Calon yang berjaya bagi setiap tapisan akan diterima masuk menjadi pegawai kadet Palapes Laut UM.

1.Ujian Kecergasan Asas.
Tarikh: 5 & 6 September 2015
Hari: Sabtu & Ahad

PTI Shukri memberi sedikit penerangan mengenai Ujian Kecergasan Asas.

Sesi 'warming up'.

Larian bermula.

Pegawai Kadet mendemonstrasi lompatan jauh.

Pelajar melompat dengan penuh tenaga.

Antara aksi yang ditunjukkan.

Pelajar wanita tidak ketinggalan.

UKA termasuk juga latihan bangkit tubi.

Pegawai muda tidak ketinggalan membantu sesi UKA.

Pegawai Muda yang bertugas di kaunter.

Larian sejauh lebih 2km.

Masing-masing menunjukkan semangart yang tinggi.

2. Pemeriksaan kesihatan.
Tarikh: 12 & 13 September 2015
Hari: Sabtu & Ahad

Setelah Ujian Kecergasan Asas dilaksanakan, kesemua pelajar akan menjalani pemeriksaan kesihatan termasuklah pemeriksaan BMI (tinggi dan berat), pemeriksaan penglihatan, pemeriksaan denyutan jantung, 'urine test' dan sebagainya supaya PALAPES Laut UM mampu melahirkan Pegawai Simpanan Sukarela TLDM yang sihat dan cergas.

 Sedikit penerangan oleh pegawai mengenai borang yang bakal diisi
Sebelum pemeriksaan dijalankan, pelajar dikehendaki mengisi borang pemeriksaan kesihatan.
Sambil menunggu giliran, Pegawai Muda memberi sedikit penerangan mengenai PALAPES Laut kepada para pelajar.

Pemeriksaan bermula.

Ketinggian diambil kira untuk menentukan BMI pelajar.

Pemeriksaan penglihatan juga turut dijalankan.


Pegawai Kadet mengesahkan borang yang diisi oleh para pelajar.

Pemeriksaan penglihatan yang dikendalikan oleh Pegawai Kadet yang ceria.

Sebelum pemeriksaan degupan jantung, para pelajar dikehendaki membuat sedikit latihan fizikal.


Pegawai Kadet saling membantu merekodkan hasil pemeriksaan penglihatan para pelajar.
3. Pra Temuduga
Tarikh: 19 September 2015 (sesi pagi)
Hari: Sabtu
 Beberapa pelajar dipanggil masuk untuk sesi temuduga

 Antara wajah beberapa pegawai dan jurulatih yang menemuduga

Sesi temuduga bagi pelajar perempuan


4. Temuduga Akhir Ambilan 16
Tarikh: 19 September 2015 (sesi petang)
Hari: Sabtu
 Sesi temuduga akhir bagi pelajar lelaki

 Barisan pegawai termasuk Pegawai Memerintah (CO) dari KDSK

Sesi temuduga akhir bersama pelajar perempuan

5. Tapisan Keselamatan
Tarikh : 8-9 Oktober 2015
Hari: Khamis & Jumaat


Setelah menjalani beberapa fasa di atas, 43 orang pelajar akhirnya berjaya diterima masuk mengikuti latihan PALAPES Laut Universiti Malaya. Brazo Zulu dan tahniah diucapkan kepada Pegawai Kadet ambilan 16! Semoga mereka akan terus komited dalam menjalani latihan sebagai pasukan simpanan Angkatan Tentera Malaysia.

Bagi yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa! Teruskan niat untuk berkhidmat kepada negara dalam apa jua cara sekali pun. Semoga berjaya!





Tuesday, 28 April 2015

Karnival Sukan PALAPES Laut ke-13

Serdang, 18-19 April 2015- Karnival Sukan PALAPES Laut ke-13 telah berlangsung dengan gilang gemilang bertempat di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Terdapat lima kontijen yang terlibat iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia(UiTM), Akademi Laut Malaysia(ALAM), KD Sri Klang (KDSK), dan Universiti Putra Malaysia(UPM) selaku tuan rumah. Acara tahunan kali ke-13 ini telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah KDSK, Kdr Prof Madya Dr. Jamalunlaili bin Abdullah PSSTLDM pada 180830H.

Kontinjen Universiti Malaya ketika perarakan masuk


Karnival sukan kali ini mempertandingkan lapan acara yang dipertandingkan iaitu larian kampus, bola jaring, bola sepak, hoki geladak, bola tampar, futsal, renang dan selam tempur. Acara pertama iaitu Larian Kampus berlangsung sebaik sahaja selesai Upacara Perasmian.

Selepas tamat larian, acara bola jaring dan bola sepak diadakan serentak  di Padang Serumpun, UPM. Pasukan bola jaring gagal mengekalkan kejuaraan pada kali ini manakala pasukan bola sepak berjaya meraih pingat gangsa. Setelah tamat pertandingan, para peserta berehat seketika untuk memberi laluan menunaikan solat dan makan tengahari. 




Acara pada petang itu diteruskan pula dengan perlawanan futsal perempuan dan hoki geladak lelaki. Pasukan hoki geladak lelaki berjaya meraih pingat perak manakala futsal perempuan gagal mendapatkan sebarang pingat. 





Acara terakhir bagi hari pertama ini adalah renang dan selam tempur. Selam tempur ini adalah acara baru yang diperkenalkan pada tahun ini. Pasukan renang 4x50m berkumpulan wanita dari UM berjaya menggalas pingat gangsa. 

Pada keesokan harinya, acara diteruskan lagi dengan perlawanan futsal lelaki dan hoki geladak wanita. Tuah tidak berada bersama pasukan UM kerana kecundang pada peringkat awal pertandingan. 

Acara terakhir yang dipertandingkan adalah bola tampar lelaki dan wanita. Pasukan bola tampar wanita berjaya merebut pingat gangsa. Akhir sekali, Upacara Penutupan berlangsung sekitar jam 1500H di Dewan Serbaguna. ALAM berjaya meraih Juara Keseluruhan Lelaki manakala UPM berjaya menggondol Juara Keseluruhan Wanita, Upacara ini diakhiri dengan Persembahan Penutup dari Pegawai Kadet Universiti Malaya berikutan tuan rumah pada tahun seterusnya. 

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak atas kerjasama yang diberikan. Semoga semangat juang PALAPES Universiti Malaya tidak berhenti di sini sebaliknya semakin membara untuk merebut piala pada tahun hadapan,

Monday, 27 April 2015

Pelayaran KLD Tunas Samudera

Lumut, 16 April 15 – Pelayaran bersama Kapal Layar Diraja Tunas Samudera (KLD Tunas) telah berlangsung bermula 9 hingga 16 April 2015. Pelayaran dari Lumut- Langkawi- Lumut ini telah disertai oleh PALAPES Laut Universiti Malaya, Perajurit Muda (PTM) juga PSSTLDM KD Sri Klang. Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada pelatih untuk merasai pengalaman berlayar menaiki KLD Tunas. Pelayaran berdurasi 6 hari ini turut memberikan para peserta menimba banyak pengetahuan baru justeru mengaplikasikan ilmu pelayaran yang dipelajari.
Pelayaran dari Lumut ke Langkawi mengambil masa hampir 30 jam untuk tiba bergantung pada cuaca dan angin. Setibanya di Langkawi, pelatih berpeluang membantu krew kapal sekali gus memerhati proses untuk berlabuh. Selepas mengambil gambar kenangan, kesemua pelatih melakukan aktiviti terjunan dari kapal ke lautan. Aktiviti pada hari kedua di Langkawi adalah “XO Cornetto Run” bertempat di Telaga Tujuh. Setiap awasan dikehendaki mengambil gambar di setiap hentian tertentu diteruskan dengan aktiviti jungle trekking hingga ke puncak Telaga Tujuh. Aktiviti ‘explorace’ ini telah dimenangi oleh Awasan Merah mengalahkan Awasan Putih dan Awasan Biru. Pelatih dibenarkan ‘shore leave’ ke Pekan Kuah selepas aktiviti berakhir. Aktiviti pada hari seterusnya adalah perlawaan futsal yang menyaksikan krew kapal berentap dengan para pelatih KLD Tunas. Setelah tamat aktiviti, pelatih diberi pelepasan untuk ‘shore leave’.
Di puncak Telaga Tujuh
Bergambar kenangan di Telaga Tujuh
Langkawi Cable Car
Dimenangi oleh Awasan Merah
Awasan Putih Memenangi pertandingan War Cry
Dimenangi oleh Awasan Putih
Para pelatih memanjat ‘yard arm’
Sepanjang tempoh pelayaran ini, pelatih Voyage 327/15 telah dibahagikan kepada 3 awasan; Awasan Merah, Putih dan Biru. Ketiga tiga awasan ini akan bertanding sesama sendiri bagi memenangi Awasan Terbaik melalui beberapa acara iaitu:
1) Pertandingan Ikatan Tali

2) Pertandingan “War Cry”
3) Pertandingan Mengenal Pasti Objek dan Tali
4) Pertandingan Mengembang dan Menggulung Layar
Sepanjang ekspedisi ini berlangsung, para pelatih berpeluang memanjat ‘yard arm’, melakukan tugasan seperti krew kapal contohnya melakukan cucian kapal, mengembang dan menggulung layar juga melakukan tugasan mengikut awasan yang terdiri daripada tugasan Fixing di Anjungan Tertutup, Mengawal kemudi di Anjungan Terbuka, Look out di Foxle dan juga tugasan di Bilik Enjin. Setiap awasan akan bergilir gilir melakukan tugasan sepanjang malam. Para pelatih juga dapat mengenal pasti setiap bahagian, peralatan dan jenis tali yang ada di KLD Tunas Samudera ini serta belajar 10 jenis ikatan tali yang seringkali digunakan di merata tempat termasuk di atas kapal ini. Pelatih juga dapat belajar melalui kelas teori pelayaran seperti arah mata angin, teknik memerangkap angin juga kaedah menukar haluan serta mengenal pasti jenis jenis layar berbentuk 3 segi dan 4 segi di atas kapal.
Pada malam terakhir pelayaran, KLD Tunas menurunkan sauh di Lumut Waterfront bagi mengadakan Malam Mesra (Social Night) yang berlangsung dengan meriahnya bertemakan “Lagenda”. Pada keesokan paginya, KLD Tunas meneruskan perjalanan ke Pangkalan TLDM Lumut sekaligus mengakhiri sesi pelayaran 327/15 ini. Setelah selamat berlabuh, upacara penyampaian hadiah dan sijil telah diadakan. Awasan Putih telah berjaya menggondol awasan terbaik bagi Voyage 327/15.