Wednesday 14 November 2012

DELEGASI AKADEMIK DAN PENGANTARABANGSAAN PALAPES UM KE KEMBOJA

TARIKH : 5-9 NOVEMBER 2012
TEMPAT : KEMBOJA
PROGRAM: LAWATAN AKADEMIK DAN PENGANTARABANGSAAN PALAPES UM
PENGLIBATAN PEGAWAI KADET KANAN:
1. PKK AHMAD HAMDI BIN AHMAD
2. PKK ISMAIL BIN JALALUDDIN
3. PKK MUHAMMAD BIN ZAINUDIN
4. PKK EZZAT BIN ROSLAN
5. PKK SALMIA BINTI SALING
6. PKK RABIATUL ADAWIYA BINTI MOHD NASIR
7. PKK NORFADHILAH HANIS BINTI ZAHARI

PALAPES Universiti Malaya telah mengadakan Lawatan Akademik dan Pengantarabangsaan ke Kemboja pada 5 hingga 9 November 2012. Lawatan ini dianggotai oleh 17 orang Pegawai Kadet  yang terdiri daripada 7 orang PALAPES Laut dan 10 orang PALAPES Darat,7 orang pegawai sukarela dan 6 orang pegawai tetap. Ketibaan anggota telah disambut oleh Penasihat Pertahanan Malaysia iaitu Kolonel Adnan Bin Ariffin.

Lawatan ini telah memberi peluang kepada Pegawai Kadet Darat dan Laut untuk bersama-sama membawa nama PALAPES Universiti Malaya ke arah pengantarabangsaan. Sepanjang lawatan, Pegawai Kadet diberikan pendedahan mengenai struktur ketenteraan di Kemboja disamping memahami kebudayaan dan gaya hidup di sana. Pegawai Kadet juga berpeluang mengamati suasana bandar Phnom Penh khususnya dan bandar Kemboja amnya dari aspek sosio-politik, ekonomi dan kebudayaan. 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah;

Hari pertama, 5 November 2012,
  • Taklimat keselamatan daripada Penasihan Pertahanan di bilik Mekong 1
  • Lawatan ke Tapak Pembunuhan atau lebih dikenali sebagai ‘Killing Field’
  • Lawatan ke Tuol Sleng Genocide Museum atau S-21.
  • Membeli belah ke Russian Market(Pasar Toul Tom Poung)  

Hari kedua, 6 November 2012,
  • Lawatan ke  Pejabat Kedutaan Malaysia di Kemboja
  • Lawatan ke National Defence University(NDU).
  • Lawatan ke Royal Palace
  • Lawatan ke National Museum

Hari ketiga, 7 November 2012,
  • Lawatan ke “Cadet Officer School of Cambodia”.
  • Lawatan ke Royal Cambodian Navy Headquarters.
  • Membeli belah di Soraya Shopping Mall dan Central Market

Hari keempat, 8 November 2012,
  • Lawatan ke Royal University of Law and Economics (RULE).
  • Sesi interaksi dengan RSMTD iaitu PW I Musa bin Haron
  • Makan malam dengan pihak kedutaan di “Bhopa Phnom Penh Titanic Restaurant”

Hari kelima, 9 November 2012,
  • membeli-belah di Phnom Penh sebelum bergerak pulang ke Malaysia


ketibaan anggota yang terlibat sampai di airport


Lawatan ke tapak pembunuhan
bergambar kenangan di memorial choeung ek di kawasan tapak pembunuhan
lawatan ke Toul Sleng Genocide Museum atau lebih dikenali sebagai S-21
bergambar kenangan di S-21
anggota PDL yang terlibat
menaiki feri ke sungai mekong




Lawatan ke Royal University of Law and Economics (RULE)