Tuesday 31 March 2015

Perbarisan Audit Kesiagaan KD Sri Klang 2015



Bermula 28 March 2015, seramai 23 Pegawai Dalam Latihan (PDL) PALAPES Laut UM telah menghadiri latihan tempatan di KD Sri Klang sempena Perbarisan Audit Kesiagaan. Setibanya di KD Sri Klang pada 282230H, semua PDL dari setiap platun diarahkan untuk menyertai latihan raptai perbarisan. Raptai pada keesokan harinya dimulakan pula pada 290830H.

Pada 30 March 2015, Perbarisan Audit Kesiagaan telah berlangsung dengan lancarnya. Pemeriksaan barisan sempena kawad audit ini telah diketuai oleh YBhg Laksamana Muda Dato' Anuwar bin Mad Said, Asisten Ketua Staf (AKS) Sumber Manusia Markas Tentera Laut (MTL) dan turut merangkumi Timbalan Ketua Audit YBhg Laksamana Pertama Ganesh Navaratnam yang juga AKS Pengurusan Strategik MTL serta Pengarah Materiel YBhg Laksamana Pertama Mohamed Ariff bin Mahru. 


Pemeriksaan Platun Alpha


Platun Delta berjalan lalu
Sesi bergambar selepas perbarisan
PDL bersama Pegawai dan Jurulatih PALAPES Laut UM

Setelah selesai upacara perbarisan, Panglima-Panglima yang hadir beramah mesra bersama warga KD Sri Klang dalam satu majlis jamuan ringan. 
Sesi beramah mesra bersama warga UM
KD Sri Klang telah berjaya meningkatkan prestasi dalam peratusan markah 81.2% dan mengekalkan 4 bintang pada audit kali ini. Jutaan terima kasih dan tahniah dikhaskan kepada semua PDL, para pegawai dan jurulatih yang bertungkus lumus dan terlibat secara langsung atau tidak pada Perbarisan Audit kali ini.  

Friday 27 March 2015

Sailor Pathways Inter-Intake ROTU Navy UM 2015

Ulu Langat – Tanggal 21 March 2015 yang lalu, Pegawai Dalam Latihan (PDL) PALAPES Laut Universiti Malaya telah berjaya menganjurkan acara Sailor Pathways Inter-Intake ROTU Navy UM 2015 bertempat di Nur Eco Resort, Lembah Pangsun. Acara yang diterajui oleh Senior Midshipment serta dibantu oleh Junior Midshipment dan Pegawai Kadet ini telah berjaya mengumpulkan alumni PALAPES Laut UM dari ambilan 3 hingga 12 di bawah sebuah acara. Justeru, silaturahim sesama PDL dan juga alumni dapat dipererat. 

Acara dimulakan dengan majlis perasmian  Sailor Pathways Inter-Intake ROTU Navy UM 2015 di Dewan. Dalam ucapan Lt.Ahmad Saufi Bin Abd Rahman PSSTLDM selaku perasmi acara, beliau menyelitkan harapan agar usaha murni untuk mengeratkan silaturahim antara PDL dan alumni ini dapat diteruskan. Beliau turut menyatakan penghargaan dan tahniah kepada PDL atas segala kerja keras yang telah membuahkan hasil yang tidak diduga serta jutaan terima kasih bagi alumni yang sudi menyokong majlis ini.

Lt Ahmad Saufi PSSTLDM semasa memberi ucapan sempena perasmian

Lt Ahmad Saufi menandatangani banner setelah gimik habis dipersembah
Upacara penyampaian hadiah

Setelah tamat upacara perasmian, peserta bergerak ke kawasan padang lapang untuk acara Telematch. Para alumni dan PDL serta pegawai dan jurulatih telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Acara yang dipertandingkan adalah:


1. Lari dalam guni
Lt M Mustakim dari ambilan 9 
Lt Nasarizal dan Lt M Ahmad Hamdi bersaing bagi acara lari dalam guni

2. Guling Gelung



3. Kembar siam




4. Lastik Belon

Lt Syahiruddin (Pegawai Koordinasi) menyertai acara lastik belon


5. Karpet ajaib




6. Raja Kapur




Alumni dan PDL bergmabar kenangan

Setelah tamat aktiviti telematch, PDL dan alumni bersama sama melakukan senaman lompat sempat beserta lagu Samudera Raya. Pengalaman melakukan latihan bersama sama ini sudah pastinya menaikkan semangat juang PDL untuk meneruskan perjuangan.

Pada 1400H, aktiviti diteruskan lagi dengan permainan paintball. Setiap kumpulan diwakili oleh 7 pemain akan bertanding dengan kumpulan yang lain.


Para alumni berbual mesra 


Aktiviti terakhir adalah penyampaian hadiah dan sekaligus, penutup majlis Sailor Pathways Inter-Intake ROTU Navy UM 2015. Majlis ini diadakan bertempat di Dewan Makan.

Ucapan daripada wakil bagi alumni


Penyampaian hadiah kepada para peserta

Gift exchange bagi alumni





Tepat jam 1830H, para PDL dan alumni mula bersurai. Semoga acara Sailor Pathways Sailor Pathways Inter-Intake ini dapat menerbitkan ukhwah sesama alumni dan PDL selain meningkatkan semangat juang bagi PDL hingga ditauliahkan kelak. Sekalung terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan menyokong acara ini.

















































































Wednesday 4 March 2015

Perbarisan Pegawai Memerintah dan Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Staf KD Sri Klang

Pada 1 March 2015, Perbarisan Pegawai Memerintah telah diadakan dengan jayanya. Perbarisan ini dikhususkan untuk meninjau tahap kesiagaan warga KD Sri Klang dalam menghadapi kawad audit pada 28 March kelak. Pasukan PALAPES Laut UM merupakan platun Charlie, iaitu platun ketiga dari enam platun yang menyertai perbarisan ini. Acara telah dimulakan dengan pemeriksaan baris oleh Pegawai Memerintah (Commanding Officer),Kdr Prof Madya Dr. Jamalunlaili bin Abdullah PSSTLDM.
Platun UM sebelum masuk ke padang kawad


CO melakukan pemeriksaan baris
Warga KD Sri Klang dipelopori CO
Bergambar kenangan bersama GI Nazemi
 Setelah selesai perbarisan, Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Staf KD Sri Klang berlangsung pula dengan diikuti Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet ALAM dan juga Upacara Angkat Sumpah Pegawai Kadet PSSTLDM.
Upacara menandatangani dokumen serah terima tugas Pegawai Staf

Upacara pemakaian pangkat Kadet ALAM 

Upacara angkat sumpah pegawai kadet PSSTLDM 

Warga PALAPES Laut UM yang terlibat