PENGENALAN

PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES LAUT)

PALAPES ialah singkatan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau ROTU (Reserved Officer Training Unit). Penubuhan program PALAPES di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah diluluskan oleh Jawatankuasa Ketua Turus Angkatan Tentera (JKTAT) dalam mesyuaratnya yang ke-155 pada 11 Dis 1978. TLDM telah memulakan program PALAPES Laut pertamanya di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 1986.

          Objektif penubuhan program ini adalah bagi mendapatkan khidmat pegawai PSSTLDM lepasan PALAPES-Laut sama ada di dalam Pasukan Tetap atau Pasukan Simpanan.  Kehadiran pegawai muda di dalam bidang kejuruteraan dan teknologi ini akan membantu serta mempertingkatkan kemampuan bahagian kejuruteraaan dan teknologi TLDM sesuai dengan pemodenannya. Selain daripada itu, penubuhan PALAPES-Laut ini akan memberikan manfaat seperti berikut:


  • Meninggikan tahap disiplin, meningkatkan keupayaan soft skills dan sikap bertanggungjawab mahasiswa agar lahir satu kumpulan pemimpin dalam bidang kejuruteraan dan teknologi yang berketrampilan.
  • Mengadakan satu pasukan simpanan yang terdiri dari pegawai muda terlatih bagi TLDM untuk dikerah tenaga dalam keadaan darurat.
  • Mempamer dan memperkaya budaya maritim di kalangan masyarakat setempat, sekaligus menaikkan imej TLDM.

PERANAN DAN TUGAS PALAPES


  • Membuat pengambilan pegawai kadet daripada kalangan mahasiswa/mahasiswi
  • Melatih dan menyediakan pegawai kadet yang berpotensi sebagai pegawai sukarela 
  • Melatih mahasiswa/ mahasiswi dalam ilmu ketenteraan
  • Mentadbir perjalanan PALAPES dengan teratur dan lancar
  • Menjalankan latihan mengikut silibus yang ditetapkan kepada pegawai kadet
  • Mengendalikan ujian-ujian yang berkaitan dengan ketenteraan terhadap pegawai kadet mengikut arahan Markas Latihan TD 


RINGKASAN SILIBUS

Setiap pegawai kadet PALAPES haruslah melengkapkan silibus PALAPES dan menamatkan latihan yang ditetapkan dalam jangka masa tiga tahun untuk layak ditauliahkan sebagai pegawai sukarela oleh Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong.

INSENTIF DAN ELAUN


Mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa, elaun yang layak dibayar kepada pegawai dan askar lasykar Simpanan Sukarela TLDM adalah seperti berikut:

  • Elaun Latihan Tempatan.
  • Elaun Latihan Berterusan.
  • Elaun menghadiri Kem Tahunan.
  • Saguhati Tahunan (Annual Bounty).
  • Elaun Pakaian Seragam dan Elaun Senggaraan Pakaian (pegawai sahaja).
  • Bayaran Insentif Sabah dan Sarawak (BISS).
  • Bayaran Insentif Semenanjung (BIS).
  • Elaun Tamat Perkhidmatan Mobilisasi (ETPM).
  • Elaun Pengangkutan. 


SYARAT DAN KELAYAKAN KEMASUKAN

  • Penuntut dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang telah menubuhkan unit PALAPES Laut.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 45 tahun.
  • Mengikuti kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA yang mempunyai unit PALAPES. Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di dalam peperiksaan SPM/SPMV/SKM.
  • Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
  • Lulus temuduga pemilihan.

No comments:

Post a Comment