Monday 24 February 2014

ACT Senior Midshipmen 2014

Latihan berterusan yang sememangnya menguji  ketahanan mental  semua pegawai kadet telah berjalan dengan lancar apabila berjaya ditempuhi dengan tabah selama dua minggu. ACT terakhir senior midshipmen di KDSI 1, sememangnya meninggalkan pelbagai memori pahit manis.

bergambar sebelum bertolak ke Lumut

Kami lebih didedahkan dengan beberapa latihan praktikal seperti waspada, belayar bersama KD Mahawangsa, sea survival- life raft, jiwa murni (berlari dari KDSI 1 ke Teluk Batik) dan aktiviti-aktiviti lain seperti ketika kami masih junior midshipmen. Sesungguhnya banyak perkara dan  ilmu yang kami perolehi sepanjang 3 tahun ini.

aktiviti sea survival-life raft
pelayaran pertama kami bersama KD Mahawangsa
demonstrasi penurunan bot penyelamat
lawatan ke Markas Udara KD Rajawali
Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah dan semua pegawai serta jurulatih yang membantu. Banyak peluang dan ruang yang dapat kami manfaatkan sepanjang bergelar PDL. Yang mana tidak mungkin kami akan perolehi di luar dengan percuma dan mudah.

bergambar bersama pegawai koordinasi ACT

Sebaliknya dengan PALAPES LAUT UM kami dapat merasa segalanya. Sebelum kami ditauliahkan kami berharap semua dapat mendoakan yang terbaik buat kami semua. Selepas ditauliahkan kami juga mengharapkan doa daripada semua dalam kami menjadi seorang pegawai berpangkat Leftenan Muda yang berwawasan dan berilmu.

malam mesra 
Divisi Zain 2014
Divisi Thana 2014

InsyaAllah.  
Selagi ada daya. kami akan bertahan!

Monday 10 February 2014

Pra - ACT Kadet Ambilan 14

Tarikh:       20 Januari 2014 - 2 Februari 2014
Program:    Latihan Tahunan Berterusan
Tempat:     KD Sri Klang

      Pegawai kadet ambilan 14 seramai 17 orang telah menghadiri latihan berterusan mulai 20 Januari 2014. Latihan ini bertujuan untuk memberikan maklumat dan menyampaikan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan tentera laut. Segala ilmu tentang ketenteraan dicurahkan dan diajar semasa latihan ini untuk menguatkan pemahaman dan pengetahuan yang sedia ada. ACT ini diadakan di Kapal Diraja Sri Klang.

Pra ACT Pegawai Kadet telah berlangsung selama 2 minggu dengan dipenuhi aktiviti serta kelas. Aktiviti menarik yang telah dijalankan dan dilalui oleh kadet ialah lawatan ke kapal perang DiRaja British,jiwa murni, jalan lasak serta latihan menembak yang diadakan di UITM Shah Alam. 

Setiap hari sepanjang latihan, pegawai kadet akan menjalani rutin seperti biasa seperti EMA (early morning activity), Colors/Watches, Kawad Kaki, Mess Ethic, EA(evening activity) dan Night Round. Rutin seperti ini akan melatih pegawai kadet agar lebih berdisiplin dan menepati masa. Kelas jugak dijalankan untuk memberi pengetahuan lebih mendalam kepada pegawai kadet berkaitan asas yang perlu diketahui sebelum menjadi Pegawai Simpanan yang telah ditauliahkan. Antara kelas tersebut adalah :
-Traditional and custom
-Piping
-General Navigation
-Communication
-Service Knowledgement
-Mess Rules and Naval Etiquette
-Buoyage System
-Akta Undang-undang Tentera
-Services Document
-Elaun
-Service Writing
-Seamanship Anchor and Cable
-Gunnery

Pegawai Kadet juga telah menghadapi ujian bertulis serta ujian kawad pada 29hb dan 30hb Januari 2014 untuk menguji sejauh mana kecekapan serta tahap setelah menjalani latihan 2 minggu.

Latihan berterusan tahunan yang berlangsung selama 14 hari ini diharap dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada Pegawai Kadet Palapes Laut ambilan 14 pada hari-hari yang akan datang. Dalam masa yang sama mempunyai pengetahuan tentang tentera laut dan etika-etika sebagai seorang tentera laut serta dapat menjadi seorang tentera laut simpanan yang berkualiti.

Joging ketika EA (Evening Activity)

Pegawai kadet membuat pemanasan badan sebelum berkawad kaki

Menerima pembelajaran kawad kaki

Lawatan ke kapal Perang Diraja British HMS Daring/D32

Persembahan kawad dari Tentera Laut Diraja British

Bergambar bersama pegawai dan jurulatih setelah lawatan selesai
Gambar terakhir di KD Sri Klang setelah tamat ACT



    

ACT Jr Midshipmen 2014

20hb Jan sehingga 30hb Jan 2014, Annual Continuous Training (ACT) telah dijalankan di KDSI 1 yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. PALAPES Laut UM telah menghantar seramai 20 orang pegawai kadet kanan ambilan 13 ( Tahun 1) bersama dengan seramai 14 orang pegawai kadet kanan ambilan 12 (Tahun 2). Pegawai pengiring turut bersama-sama untuk memudahkan segala urusan sepanjang PDL melalui latihan tahunan berterusan di sana. Pegawai pengiring PALAPES Laut UM yang terlibat ialah
Lt M Salmia Bt Saling dan Lt M Mohd Khuwarizmi B Abd Mansor.

ACT bagi Junior Midshipmen pada tahun ini dipendekkan menjadi 10 hari berbanding dengan tahun lepas yang berlangsung selama 2 minggu. Hal ini disebabkan cuti umum untuk sambutan Tahun Baru Cina jatuh pada 31hb Januari 2014. Meskipun hanya 10 hari latihan berterusan namun pelbagai aktiviti yang dirancang telah dipadatkan dan memberi manfaat kepada Junior Midshipmen khasnya.

Sepanjang ACT tersebut, Tahun 1 setiap universiti digabungkan dalam beberapa divisyen iaitu Thana Alpha, Thana Bravo, Thana Charlie, Zain Alpha, Zain Bravo dan Zain Charlie. Divisyen-divisyen ini dibentuk untuk mewujudkan kerjasama antara PDL berlainan universiti serta memudahkan pembahagian kelas-kelas yang telah diatur. Junior Midshipmen telah menghadiri kelas bermula pada 21hb sehingga 27hb Januari 2014. Hari-hari terakhir PDL sibuk membuat persediaan untuk Malam Mesra yang dijadualkan pada malam terakhir ACT iaitu 29hb Januari 2014.

Lawatan ke kapal turut tersenarai dalam jadual latihan berterusan Junior Midshipmen. Lawatan tersebut dibuat pada 28hb Januari 2014 yang mana KD Kelantan, KD Hang Tuah, KD Kasturi siap sedia untuk menerima lawatan dari PALAPES Laut Tahun 1.

Kelas-kelas yang telah dihadiri oleh Tahun 1 semasa ACT disampaikan oleh pegawai yang khusus dalam bidang tersebut dan dijalankan di dalam kelas. Cara penyampaian setiap pegawai berbeza untuk memastikan pengetahuan baru ini dapat diterima baik oleh Tahun 1 yang akan naik ke Tahun 2. Kelas Naval Drill telah dijalankan di padang kawad bersama dengan jurulatih iaitu GI. Kelas-kelas lain yang dimaksudkan adalah :
-Naval Custom & Tradition
-Leadership & Management
-Naval Warfare
-RMN Communication
-Maritime Law
-Maritime Engineering
-API
-Seamanship

Selain itu, kelas DCFF juga telah dijadualkan tetapi memandangkan Junior Midshipmen PALAPES Laut UM dan beberapa lagi universiti lain tidak mempunyai kelengkapan pakaian untuk menjalani latihan tersebut, pegawai koordinasi KDSI 1 mengambil keputusan untuk memberikan peluang menjalani latihan selain daripada latihan yang dijalankan di TANGKAS pada waktu itu. Tahun 1 yang diasingkan daripada menjalani latihan TANGKAS dibawa ke Pusat Latihan Kemahiran Air KD Pelandok dan berpeluang mengikuti latihan Life Craft yang dilalui oleh Tahun 2.

Pengalaman serta pengetahuan baru yang diterima oleh Junior Midshipmen akan digunakan sebaiknya untuk menjadi Pegawai Simpanan yang lebih berkualiti dan terlatih. Sesuai dengan objektif TLDM untuk menjadi Tentera Laut bertaraf dunia.

Lawatan ke KD Kelantan untuk divisyen Thana Alpha dan Zain Alpha

Pegawai Waran 1 Encik Casley memberi sedikit taklimat

Lawatan ke KD Hang Tuah