Saturday 31 January 2015

ACT SENIOR MIDSHIPMEN 2015

KDSI 1 – Pada 19 hingga 30 January 2015 yang lepas telah berlangsung selama dua minggu latihan tahunan berterusan yang melibatkan seramai 214 orang pegawai dalam latihan dari seluruh IPTA di bawah PALAPES Laut Fasa 6.

           Universiti Malaya telah menghantar seramai 19 orang senior midshipment PALAPES Laut diiringi tiga orang Pegawai pengiring dan telah berjaya menamatkan latihan tersebut dengan membawa pulang piala pusingan Universiti Terbaik.

          Sepanjang latihan tersebut, pegawai dalam latihan telah menghadiri kelas – kelas yang disediakan untuk menambah ilmu pengetahuan secara lebih mendalam tentang TLDM khasnya.
Tidak ketinggalan juga, pegawai dalam latihan telah diberi peluang merasai sendiri pengalaman belayar selama dua hari satu malam dengan KD Hang Tuah. Laluan pelayaran tersebut adalah di sekitar Pulau Pangkor.
Evening Activity (EA)


Kelas yang dijalankan di Boat House
Taklimat dan ucapan daripada Pegawai Memerintah KD Hang Tuah

Pelayaran bermula selama dua hari satu malam

Keadaan di atas KD Hang Tuah pada waktu malam

Add caption

Taklimat sebelum memulakan aktiviti air

          ACT pada kali ini merupakan latihan tahunan yang terakhir bagi pegawai dalam latihan di bawah PALAPES Laut dan diharapkan dengan segala pengalaman dan ilmu pengetahuan yang diperoleh boleh dikongsi dan digunakan sebaik mungkin setelah tamat latihan dengan gelaran Leftenan Muda. 




Divisi Thana ACT 2015
Divisi Zain ACT 2015

SEDIA BERKORBAN