SEJARAH
Pada 15 September 2000, PALAPES di bawah naungan Universiti Malaya mencatatkan satu lagi sejarah dengan penubuhan PALAPES (Laut). Penubuhan tersebut
adalah bersempena dengan pemakaian pangkat oleh Kepten Kehormat TLDM
kepada Naib Canselor Universiti Malaya pada masa itu iaitu Yang
Berbahagia Profesor Dato' Dr. Anuar Zaini Md. Zain. Sehingga April 2013, seramai 6 orang pegawai yang telah silih berganti menjawat jawatan
sebagai pegawai koordinasi PALAPES (Laut), Universiti Malaya.
Kept (K) Prof. Dato’ Dr. Anuar Zaini Bin Md Zain, PSSTLDM
KOMANDAN KELIMA
(9 Mac 2000-31 Mac 2003)
Pasukan
Latihan Pegawai Simpanan atau singkatannya
PALAPES Laut merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan di Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah naungan unit simpanan TLDM.
Universiti Malaya merupakan universiti ke-5 yang menubuhkan PALAPES (Laut). Pentadbiran PALAPES (Laut), Universiti Malaya terdiri daripada anggota tetap TLDM dan anggota Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) unit KD SRI KLANG. Bahagian simpanan TLDM menempatkan seorang pegawai berpangkat kepten di KD SRI KLANG yang menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah (CO). Beliau dibantu oleh pegawai simpanan dan anggota tetap TLDM sebagai jurulatih. Seorang Pegawai Koordinasi telah dipertanggungjawabkan untuk membantu pentadbiran PALAPES di IPTA yang mendaftar di bawah unit KD SRI KLANG. Kini PALAPES (Laut), Universiti Malaya semakin bertambah sehingga pengambilan ke-17 pada tahun ini.
Antara aktiviti
yang dijalankan oleh PALAPES (Laut), Universiti Malaya ialah Istiadat Perbarisan Kawad
Konvokesyen yang diadakan pada setiap tahun. Selain itu, aktiviti fizikal
seperti mendaki gunung, berakit, berkayak dan menembak turut menjadi
agenda wajib yang disediakan untuk pegawai kadet PALAPES (Laut), Universiti Malaya.
Walaupun kekurangan kemudahan tempat pembelajaran, kelas teori masih
dijalankan bagi meningkatkan ilmu kelautan dan pelayaran. Bermula pada
tahun 2007, pegawai kadet yang menunjukkan prestasi yang terbaik akan
terpilih mewakili PALAPES Universiti Malaya ke delegasi luar negara.
Setelah
sedekad berlalu, sehingga tahun 2018 genap 16 ambilan pegawai kadet PALAPES Laut UM telah ditauliahkan.
Sehingga kini dianggarkan hampir 500 orang pegawai kadet PALAPES (Laut), Universiti Malaya telah memakai pangkat Leftenan Muda. Dalam kalangan mereka, terdapat
pegawai yang masih berjiwa kental dan bersemangat waja untuk terus
bergiat aktif dalam Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja
Malaysia, PSSTLDM.
PALAPES (Laut), Universiti Malaya banyak melahirkan graduan yang bukan sahaja berjaya dari sudut
akademik malah dapat menghasilkan pegawai simpanan sukarela yang
mempunyai nilai-nilai patriotisme yang tinggi dalam diri mereka. Hal ini
seiring dengan 4 teras nilai murni TLDM iaitu kemuliaan, kesetiaan, keberanian dan kebanggaan. Oleh
itu, diharapkan agar generasi PALAPES Laut UM yang seterusnya boleh
mengalas amanah dan memikul tanggungjawab bagi meneruskan legasi yang
bakal merubah masa hadapan negara.
Berikut merupakan antara negara yang dilawati bagi Program Delegasi PALAPES Universiti Malaya:
1. Indonesia (2007)
2. Vietnam (2008)
2. Vietnam (2008)
3. Thailand, Bangkok (2009)
4. Filipina, Manila (2010)
5. China, Beijing (2011)
6. Kemboja, Phnom Penh (2012)
7. Kemboja, Phnom Penh (2013)
8. Vietnam (2014)
Namun begitu, semenjak ekonomi negara semakin meleset, beberapa kekangan telah menjadikan Program Delegasi PALAPES UM tidak dapat diteruskan. Peruntukan yang semakin sempit tidak menjadi halangan untuk PALAPES UM melakukan pelbagai aktiviti yang menarik meskipun tidak melibatkan negara luar.
7. Kemboja, Phnom Penh (2013)
8. Vietnam (2014)
Namun begitu, semenjak ekonomi negara semakin meleset, beberapa kekangan telah menjadikan Program Delegasi PALAPES UM tidak dapat diteruskan. Peruntukan yang semakin sempit tidak menjadi halangan untuk PALAPES UM melakukan pelbagai aktiviti yang menarik meskipun tidak melibatkan negara luar.
Negara dilawati PALAPES UM
ReplyDelete- 1 : Indonesia (2007)
oo. yeke? tq. kiranya dah 7x delegasi lah ye
DeleteTahun 2011 terdapat dua lawatan antarbangsa iaitu ke Indonesia iaitu atas tajaan pihak Canselori (Hadiah daripada Naib Canselor sempena pentauliahan di UTHM) dan juga lawatan yang sememangnya dirancang iatu Beijing China. Tahun 2014 lawatan ke Ho Chi Minh Vietnam. Tahun 2008 juga lawatan ke Ho Chi Minh City.
ReplyDelete