Tuesday 28 April 2015

Karnival Sukan PALAPES Laut ke-13

Serdang, 18-19 April 2015- Karnival Sukan PALAPES Laut ke-13 telah berlangsung dengan gilang gemilang bertempat di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Terdapat lima kontijen yang terlibat iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia(UiTM), Akademi Laut Malaysia(ALAM), KD Sri Klang (KDSK), dan Universiti Putra Malaysia(UPM) selaku tuan rumah. Acara tahunan kali ke-13 ini telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah KDSK, Kdr Prof Madya Dr. Jamalunlaili bin Abdullah PSSTLDM pada 180830H.

Kontinjen Universiti Malaya ketika perarakan masuk


Karnival sukan kali ini mempertandingkan lapan acara yang dipertandingkan iaitu larian kampus, bola jaring, bola sepak, hoki geladak, bola tampar, futsal, renang dan selam tempur. Acara pertama iaitu Larian Kampus berlangsung sebaik sahaja selesai Upacara Perasmian.

Selepas tamat larian, acara bola jaring dan bola sepak diadakan serentak  di Padang Serumpun, UPM. Pasukan bola jaring gagal mengekalkan kejuaraan pada kali ini manakala pasukan bola sepak berjaya meraih pingat gangsa. Setelah tamat pertandingan, para peserta berehat seketika untuk memberi laluan menunaikan solat dan makan tengahari. 




Acara pada petang itu diteruskan pula dengan perlawanan futsal perempuan dan hoki geladak lelaki. Pasukan hoki geladak lelaki berjaya meraih pingat perak manakala futsal perempuan gagal mendapatkan sebarang pingat. 





Acara terakhir bagi hari pertama ini adalah renang dan selam tempur. Selam tempur ini adalah acara baru yang diperkenalkan pada tahun ini. Pasukan renang 4x50m berkumpulan wanita dari UM berjaya menggalas pingat gangsa. 

Pada keesokan harinya, acara diteruskan lagi dengan perlawanan futsal lelaki dan hoki geladak wanita. Tuah tidak berada bersama pasukan UM kerana kecundang pada peringkat awal pertandingan. 

Acara terakhir yang dipertandingkan adalah bola tampar lelaki dan wanita. Pasukan bola tampar wanita berjaya merebut pingat gangsa. Akhir sekali, Upacara Penutupan berlangsung sekitar jam 1500H di Dewan Serbaguna. ALAM berjaya meraih Juara Keseluruhan Lelaki manakala UPM berjaya menggondol Juara Keseluruhan Wanita, Upacara ini diakhiri dengan Persembahan Penutup dari Pegawai Kadet Universiti Malaya berikutan tuan rumah pada tahun seterusnya. 

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak atas kerjasama yang diberikan. Semoga semangat juang PALAPES Universiti Malaya tidak berhenti di sini sebaliknya semakin membara untuk merebut piala pada tahun hadapan,

Monday 27 April 2015

Pelayaran KLD Tunas Samudera

Lumut, 16 April 15 – Pelayaran bersama Kapal Layar Diraja Tunas Samudera (KLD Tunas) telah berlangsung bermula 9 hingga 16 April 2015. Pelayaran dari Lumut- Langkawi- Lumut ini telah disertai oleh PALAPES Laut Universiti Malaya, Perajurit Muda (PTM) juga PSSTLDM KD Sri Klang. Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada pelatih untuk merasai pengalaman berlayar menaiki KLD Tunas. Pelayaran berdurasi 6 hari ini turut memberikan para peserta menimba banyak pengetahuan baru justeru mengaplikasikan ilmu pelayaran yang dipelajari.
Pelayaran dari Lumut ke Langkawi mengambil masa hampir 30 jam untuk tiba bergantung pada cuaca dan angin. Setibanya di Langkawi, pelatih berpeluang membantu krew kapal sekali gus memerhati proses untuk berlabuh. Selepas mengambil gambar kenangan, kesemua pelatih melakukan aktiviti terjunan dari kapal ke lautan. Aktiviti pada hari kedua di Langkawi adalah “XO Cornetto Run” bertempat di Telaga Tujuh. Setiap awasan dikehendaki mengambil gambar di setiap hentian tertentu diteruskan dengan aktiviti jungle trekking hingga ke puncak Telaga Tujuh. Aktiviti ‘explorace’ ini telah dimenangi oleh Awasan Merah mengalahkan Awasan Putih dan Awasan Biru. Pelatih dibenarkan ‘shore leave’ ke Pekan Kuah selepas aktiviti berakhir. Aktiviti pada hari seterusnya adalah perlawaan futsal yang menyaksikan krew kapal berentap dengan para pelatih KLD Tunas. Setelah tamat aktiviti, pelatih diberi pelepasan untuk ‘shore leave’.
Di puncak Telaga Tujuh
Bergambar kenangan di Telaga Tujuh
Langkawi Cable Car
Dimenangi oleh Awasan Merah
Awasan Putih Memenangi pertandingan War Cry
Dimenangi oleh Awasan Putih
Para pelatih memanjat ‘yard arm’
Sepanjang tempoh pelayaran ini, pelatih Voyage 327/15 telah dibahagikan kepada 3 awasan; Awasan Merah, Putih dan Biru. Ketiga tiga awasan ini akan bertanding sesama sendiri bagi memenangi Awasan Terbaik melalui beberapa acara iaitu:
1) Pertandingan Ikatan Tali

2) Pertandingan “War Cry”
3) Pertandingan Mengenal Pasti Objek dan Tali
4) Pertandingan Mengembang dan Menggulung Layar
Sepanjang ekspedisi ini berlangsung, para pelatih berpeluang memanjat ‘yard arm’, melakukan tugasan seperti krew kapal contohnya melakukan cucian kapal, mengembang dan menggulung layar juga melakukan tugasan mengikut awasan yang terdiri daripada tugasan Fixing di Anjungan Tertutup, Mengawal kemudi di Anjungan Terbuka, Look out di Foxle dan juga tugasan di Bilik Enjin. Setiap awasan akan bergilir gilir melakukan tugasan sepanjang malam. Para pelatih juga dapat mengenal pasti setiap bahagian, peralatan dan jenis tali yang ada di KLD Tunas Samudera ini serta belajar 10 jenis ikatan tali yang seringkali digunakan di merata tempat termasuk di atas kapal ini. Pelatih juga dapat belajar melalui kelas teori pelayaran seperti arah mata angin, teknik memerangkap angin juga kaedah menukar haluan serta mengenal pasti jenis jenis layar berbentuk 3 segi dan 4 segi di atas kapal.
Pada malam terakhir pelayaran, KLD Tunas menurunkan sauh di Lumut Waterfront bagi mengadakan Malam Mesra (Social Night) yang berlangsung dengan meriahnya bertemakan “Lagenda”. Pada keesokan paginya, KLD Tunas meneruskan perjalanan ke Pangkalan TLDM Lumut sekaligus mengakhiri sesi pelayaran 327/15 ini. Setelah selamat berlabuh, upacara penyampaian hadiah dan sijil telah diadakan. Awasan Putih telah berjaya menggondol awasan terbaik bagi Voyage 327/15.



Thursday 9 April 2015

ROTU Challenge 2015

Bertarikh pada 4 & 5 Mei 2015 yang lepas, sebuah lagi projek hasil kerjasama PALAPES Universiti Malaya dengan kolaborasi Kolej Kediaman Dayasari telah berlangsung dengan gilang gemilangnya. Projek ROTU Challenge (RC) ini melibatkan kerjasama kedua dua pihak PALAPES Laut dan Darat Universiti Malaya. 


Projek ini telah diadakan selama dua hari. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah :
1. Pameran ketenteraan
2. Iron team
3. Survival 101
4. Blank shooting

Bagi tahun ini, satu acara baru telah diperkenalkan iaitu Survival 101. Acara ini terdiri daripada 7 peserta dari setiap kumpulan bersaing sesama kumpulan lain dalam membina pangkalan masing masing, memanah, menangkap ayam dan ikan, menyembelih ayam dan akhir sekali memasak menggunakan rangsum yang diberi. Penganjur acara ini, Kelab Setia Bakti yang diterajui oleh PKK Zul Fadhli Bin Ismail ini ternyata berjaya menarik perhatian para pelajar Universiti Malaya. 

Pasukan Iron Team

Peserta Iron Team dari UiTM
Peserta Survival 101 menganyam daun untuk dijadikan atap


Petugas di pameran PALAPES Laut menerangkan serba sedikit

Peserta Survival 101 memanah
Semasa perasmian
Turut dihadiri Peg Staf KDSK dan Peg Koordinasi
Gimik pembukaan

 
Majlis penutupan ROTU Challenge telah dirasmikan oleh Timbalan Komandan Universiti Malaya, Mejar Prof Madya Dr Abdul Halim Mokhtar diiringi oleh Pengetua Kolej Kediaman Kelima, Mejar Dr Syed Abdul Razak bin Sayed Mahadi, Pegawai Staf KD Sri Klang, Lt Kdr Mohd Firdaus Bin Marzilam TLDM dan juga Pegawai Koordinasi PALAPES Laut UM, Lt Mohd Syahiruddin Bin Hamsin TLDM. 

Bravo Zulu kepada penganjur projek ini juga kepada peserta yang berjaya menamatkan pertandingan. Semoga kesemua PDL beroleh pengalaman dan iktibar daripada aktiviti ini.