Sunday, 7 September 2014

SESI PENGAMBILAN BARU PEGAWAI KADET AMBILAN 15/2014


              Bermula 1 September 2014 hingga 7 September 2014, Promosi Pengambilan Pegawai Kadet Palapes Laut UM telah berjalan dengan lancar di Dewan Tunku Canselor serta kolej- kolej kediaman. Promosi yang dijalankan pada tahun ini berjaya menarik permohonan yang sangat banyak dari pelajar Tahun Pertama.
Pegawai dan PDL yang terlibat semasa promosi di DTC
PDL memperagakan pakaian khas dalam pasukan Navy.

Pegawai bersama PDL yang terlibat selepas promosi di Kolej Kelima
Lt Saufi PSSTLDM memberi ucapan ketika road tour di setiap kolej kediaman.
Para pegawai mengira borang pendaftaran.
Calon yang telah mendaftarkan nama melalui edaran flyers serta borang penyertaan akan menjalani beberapa fasa bagi tujuan tapisan seperti Ujian Kecergasan, Pemeriksaan Kesihatan, Tapisan Keselamatan, Pra- temuduga dan Temuduga Akhir. Calon yang berjaya dalam setiap fasa tapisan akan diterima masuk ke dalam PALAPES Laut UM.

1. Ujian Kecergasan Asas
Tarikh: 7 September 2014
Hari: Sabtu

Sekitar Ujian Kecergasan Asas


Peserta UKA melakukan senaman tekan tubi

2. Medical Check up
Tarikh : 9-10 September 2014
Hari : Selasa & Rabu

3. Pra Temuduga
Tarikh: 17&18 September 2014
Hari: Rabu & Khamis

4. Temuduga Akhir Ambilan 15
Tarikh: 20 September 2014
Hari: Sabtu

5. Tapisan Keselamatan
Tarikh : 24 & 25 September 2014
Hari: Rabu & Khamis
Akhir sekali, Bravo Zulu diucapkan kepada semua bakal pegawai kadet yang diterima. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan mudah berputus asa!

Semoga pengambilan baru pada tahun ini akan melahirkan pegawai dalam latihan yang berkualiti dan bersemangat tinggi dalam Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Selamat datang ke PALAPES Laut UM !