Saturday, 13 October 2012

LATIHAN HARIAN

TAJUK AKTIVITI : TAKLIMAT WORLD OCEAN WEEK 2012 (MIMA WOW)
                                  ( MARITIME CAREER and AREWENESS PROGRAMME)

TARIKH                 : 13 OKTOBER 2012
TEMPAT                : AUDITORIUM PERDANA SISWA,UNIVERSITI MALAYA
PENGANJUR        : INSTITUT MARITIM MALAYSIA DAN UM CARES

  
Program MIMA WOW 2012 adalah program sampingan awam dan sebahagian daripada kempen tahunan untuk menyambut kepentingan lautan.Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan minat yang tinggi terhadap kehidupan maritime dengan mempromosikan kesedaran terhadap peranan laut kepada manusia. Aktiviti ini berlangsung pada 13 Oktober 2012 bertempat di Auditorium PerdanaSiswa. Sebanyak 17 org Pegawai Dalam Latihan (PDL) PALAPES LAUT yang terdiri dari 9 orang Pegawai Kadet Kanan dan 8 orang Pegawai Kadet  yang terlibat dan diiringi oleh 3 org pegawai. Kami tiba di lokasi  pada jam 1000 H dan mula mendaftarkan  diri di  KPS. Upacara pembukaan dimulakan pada jam 1030 H dengan ucapan selamat datang oleh YBhg.Dato’ Noor Aziz b.Yunan,iaitu Ketua Pengarah MIMA. Ucapan diiringi dengan video tentang kesedaran alam sekitar, diikuti dengan acara tarian ‘flash mob’ dan diakhiri dengan  video dokumentari alam lautan.

Sebagai kesimpulannya , antara kebaikan yang kami peroleh sepanjang dari aktiviti ini adalah kami dapat sentiasa menghargai kepentingan lautan kepada keseimbangan ekosistem dan kesejahteraan manusia.  Selain itu , kita seharusnya melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti sosial yang dapat member manfaat kepada kehidupan lain. Oleh itu ,kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kempen ini dan kepada Pegawai yang telah mengiringi kami sepanjang majlis berlangsung.


Antara poster yang menarik perhatian 


Dewan Auditorium KPS - Show mengenai marin
Jabatan Taman Laut Malaysia
Penerangan dari Pegawai Perikanan kepada VIP
MIMA - Maritim Institute Malaysia
Model Kapal maritim

No comments:

Post a Comment