Friday 19 April 2013

KARNIVAL PALAPES LAUT KALI KE -11

TARIKH : 13-14 APRIL 2013
TEMPAT : UNIVERSITI MALAYA

Karnival Sukan PALAPES (Laut) kali ke-11 pada tahun ini diadakan di Universiti Malaya (UM) dan telah dirasmikan oleh Kapt. Professor Madya Dr. Johan Shamsuddin bin Hj. Sabaruddin. Turut hadir di upacara perasmian ialah Pegawai Laksana Lt Kdr Tamreez Kaur a/p Mokam Singh PSSTLDM, Pegawai Staf KD Sri Klang, Lt Kdr Dzulkarnain Ismail TLDM dan Ketua Cawangan Latih PALAPES UM, Mejar Dr Abdul Halim bin Mokhtar.

Acara sukan tahunan PALAPES Laut di bawah naungan KD Sri Klang disertai oleh warga Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) KD SRI KLANG. Turut berentap untuk Karnival Sukan PALAPES (Laut) ialah kontinjen dari UM sebagai tuan rumah, Akademi Laut Malaysia (ALAM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Tujuan utama Karnival sukan diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwwah dan saling kenal-mengenali antara warga Palapes Laut di kelima-lima kontinjen yang mengambil bahagian. Selain itu, ia juga dapat mewujudkan semangat kesukanan kepada setiap kontinjen yang menyertai karnival sukan ini supaya dapat bermain dengan penuh semangat. Terdapat 7 acara yang dipertandingkan antaranya larian kampus, bola tampar, futsal, renang, bola jaring, bola sepak dan hoki geladak. Sukan ini telah diadakan selama dua hari berturut-turut.

Dalam kesibukan setiap PDL menguruskan persiapan kerana menjadi tuan rumah namun dengan semangat kesukanan yang jitu dan azam yang tinggi untuk tidak mengulangi kekalahan tahun-tahun sebelum ni. Alhamdulillah, pada kali ini UM telah membuat kejutan dengan melakar sejarah,meraih Johan keseluruhan Karnival Sukan PALAPES Laut merampas kedudukan UITM sebagai johan keseluruhan empat kali berturut-turut. Harapan UM sebagai tuan rumah pada kali ini, walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang menimpa dalam usaha untuk menganjurkan kejohanan ini namun dengan iltizam dan kerjasama antara semua anggota PALAPES Laut UM, kita berjaya menganjurkan kejohanan sukan ini sehingga tamat. Jutaan tahniah dan terima kasih buat pasukan KD Sri Klang, UPM, UiTM dan ALAM kerana memberikan kerjasama yang baik dan memberikan saingan yang mantap sepanjang acara berlangsung.  Harapan warga UM pula semoga prestasi dan kecemerlangan ini akan dapat ditingkatkan dan dikekalkan sehingga tahun-tahun seterusnya. Bukan kemenangan yang kami kejar sebaliknya kepuasan dan kerjasama sesama pasukan.

Majlis Penutupan Karnival Sukan PALAPES Laut telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah KD Sri Klang, Kept Jamal bin Nuruddin, PSSTLDM.

" Lautan direnangi Kemenangan Dirai" 


Keputusan mengikut acara:

LARIAN KAMPUS ( keseluruhan lelaki & perempuan) 
1) UM
2) UiTM
3) UPM

BOLA TAMPAR ( lelaki )
1) UiTM
2) KDSK
3) ALAM

BOLA TAMPAR ( perempuan)
1) KDSK
2) UM
3) UPM

FUTSAL ( lelaki )
1) UM
2) UiTM
3) KDSK

FUTSAL  ( perempuan)
1) UPM
2) UM
3) UiTM

RENANG 
  • KUAK DADA ( lelaki ) 
1) UiTM
2) UM
3) ALAM

  • KUAK DADA ( perempuan
1) UPM
2) KDSK
3) UM
  
  • GAYA BEBAS  ( lelaki ) 
1) UiTM
2) ALAM
3) KDSK

  •  GAYA BEBAS  ( perempuan )
1) UiTM
2) UM
3) KDSK

BOLA JARING
1) UM
2) UPM
3) KDSK

BOLA SEPAK
1) KDSK
2) UPM
3) UiTM

HOKI GELADAK  ( lelaki ) 
1) UM
2) KDSK
3) UPM

HOKI GELADAK  ( perempuan ) 
1) ALAM
2) UM
3) UPM

Kongsi gambar menarik ;


Pengarah Karnival Sukan, PKK Zaki ,tamat sudah mengelolakan majlis. jangan lupa senyum tuan. :)
mengangkat bendera kejohanan sukan
barisan vip terhormat
acara hoki geladak
gol keeper hoki geladak wanita memberikan tumpuan penuh
acara bola tampar wanita
pemain futsal wanita
para pemain bola jaring yang telah memenangi tempat pertama. tahniah!
renang lelaki
renang wanita
para pemain bola sepak
tendangan maut dari PKK Zulkiflee
perlawanan akhir hoki geladak UM vs KDSK
CO KDSK seronok menyaksikan perlawanan final hoki geladak
demo silat oleh PK Mustafa
para tetamu jemputan
ucapan dari Tn Jamal
maskot semut yang comel
suasana dewan serbaguna sangat hangat dengan sorakan dan cheers

persembahan menarik dari Kadet UiTM sebagai tuan rumah pada tahun depan
riak keriangan di muka setiap kontinjen UM selepas berakhirnya semua acara
sesi bergambar kontinjen KDSK

sesi bergambar kontinjen PALAPES Laut UPM
sesi bergambar kontinjen PALAPES Laut UiTM
sesi bergambar kontinjen PALAPES Laut - ALAM
sesi bergambar kontinjen PALAPES Laut UM

Sesungguhnya Allah amat suka kepada mereka yang bersungguh-sungguh.
"Kejayaan tidak akan bergolek, maka perlu pada usaha untuk mendapatkannya"
TAHNIAH UM!

No comments:

Post a Comment