Pasukan
Latihan Pegawai Simpanan atau singkatannya PALAPES Laut merupakan satu
pertubuhan yang ditubuhkan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dibawah
naungan unit simpanan TLDM. Universiti Malaya merupakan universiti ke-5 yang
menubuhkan PALAPES Laut. Pentadbiran PALAPES UM (L) terdiri daripada anggota
tetap TLDM dan anggota Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja
Malaysia (PSSTLDM) unit KD SRI KLANG. Kini PALAPES Laut UM semakin
bertambah sehingga pengambilan ke- 13 pada tahun 2012. Setelah sedekad berlalu,
sehingga tahun 2013 genap 11 ambilan pegawai kadet PALAPES Laut UM telah
ditauliahkan. Sehingga kini dianggarkan seramai 272 orang pegawai kadet PALAPES
Laut UM telah bergelar sebagai Leftenan Muda.
"Join Navy and See The World" merupakan tagline bagi tentera laut. Jelas menggambarkan dengan menjadi sebahagian dari tentera laut akan luaslah perjalanan dan tidak mustahil akan mengelilingi dunia satu hari nanti.
Mahasiswa sepatutnya merebut peluang untuk menyertai PALAPES di peringkat universiti khususnya pelajar Universiti Malaya. Banyak kelebihan yang anda akan peroleh malah lebih daripada apa yang dijangka. Terutama sekali apabila melibatkan diri dengan Reserve Officer Training Unit of Navy. Pegawai Kadet PALAPES LAUT akan berpeluang menggunakan peralatan senjata,belajar ilmu-ilmu ketenteraan dan peperangan, teori berkaitan navigasi, pelayaran, perkapalan dan banyak lagi. Minat anda pada ilmu kelautan akan bertambah setelah anda menyertai PALAPES LAUT.
Setelah melepasi Ujian Kecergasan (UKA), tapisan keselamatan dan kesihatan mereka yang memohon untuk menjadi Pegawai Kadet PALAPES LAUT UM akan dihantar ke KD SRI KLANG untuk Angkat Sumpah. Pada peringkat ini bakal-bakal Pegawai Kadet perlu bersedia sepenuhnya untuk mengikuti latihan-latihan yang dijalankan.
Latihan selama
tiga tahun semasa pengajian kita di Universiti Malaya tidak akan mengganggu reputasi dan masa pengajian akademik.
Tambahan pula, PALAPES UM mementingkan keputusan akademik Pegawai Kadet PALAPES LAUT UM.
Sepanjang mengikuti Latihan Tempatan dan Latihan Berterusan, masa dan tenaga kita tidak sia-sia kerana elaun akan diberikan. Kita akan menghadiri latihan tempatan 10 jam satu hari pada sabtu dan ahad. Bermakna kita akan dapat RM60 untuk satu hari. Latihan tempatan yang akan kita hadiri mengikut jumlah jam yang perlu dipenuhi sebanyak 360 jam setahun. Itu tidak termasuk dengan elaun latihan berterusan. Masa hujung minggu yang kita gunakan untuk latihan adalah berbayar dan kita sendiri telah menggunakan waktu lapang untuk membuat aktiviti yang lebih bermanfaat. Namun begitu, jangan jadikan duit elaun sebagai satu sebab utama.
Dalam pada itu, sepanjang menjalani latihan di Markas PALAPES kita tidak perlu risau tentang makanan kerana makanan akan disediakan pada waktu pagi, tengah hari dan juga petang sepanjang dalam latihan. Perkara ini dapat membantu kita sebagai pelajar universiti untuk lebih berjimat dalam menguruskan kewangan.
Sebagai pelajar Universiti Malaya juga, kita yang terlibat dalam PALAPES mendapat kelebihan dalam pengiraan jam kredit yang mana Pegawai Kadet PALAPES akan menerima dua jam kredit tambahan setiap setahun pengajian dan tidak perlu mendaftar untuk kursus KO-K. Berbeza dengan pelajar lain yang perlu mengambil kursus KO-K untuk mendapatkan dua jam kredit dalam memenuhi kuota jam kredit pengajian. . Kesimpulannya, enam jam kredit tambahan akan dikira selama tiga tahun pengajian kita di universiti.
Aktiviti yang sering dijalankan oleh PALAPES Laut UM antaranya mendaki gunung, berakit, berkayak, latihan menembak dan banyak lagi agenda wajib yang disediakan untuk pegawai kadet PALAPES Laut UM. Bermula pada tahun 2008, Pegawai Kadet PALAPES LAUT UM yang menunjukkan prestasi yang terbaik akan terpilih mewakili PALAPES UM ke delegasi luar negara. Selain tu, kita berpeluang melawat ke tempat-tempat lain seperti menjejakkan kaki ke IPTA-IPTA lain semasa menyertai istiadat pertauliahan yang diadakan secara bergilir-gilir setiap tahun di universiti-universiti tempatan.
Setelah tiga tahun kita berkhidmat dalam PALAPES LAUT,kita akan dikurniakan Watikah Tauliah sebagai Leftenan Muda ke dalam PSSTLDM oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Bermakna setelah tamat pengajian di Universiti Malaya, kita akan memiliki dua sijil yang sangat berharga iaitu Sijil Graduasi dan sijil pentauliahan dalam PALAPES LAUT. Sijil pentauliahan kita amat penting kerana dapat membantu di masa hadapan terutama sekali dalam mencari peluang pekerjaan di luar. Kebanyakan Pegawai Kadet PALAPES LAUT yang telah ditauliahkan menjadi Leftenan Muda berjaya beroleh pekerjaan yang mereka inginkan.
Dan kelebihan yang rasanya paling penting sepanjang bergelar PALAPES LAUT UM ini dan tidak akan dapat di mana-mana adalah hubungan sesama rakan-rakan. Hubungan dengan kawan-kawan menjadi lebih rapat dan sangat dekat. Di dalam PALAPES ini juga kita akan faham bagaimana semangat setia kawan yang sebenarnya apabila mengharungi susah senang bersama-sama.
Saya yakin dan pasti para pembaca
di luar sana ada yang berminat dengan aktiviti lasak lagi mencabar dan berminat
dengan ilmu navigasi dan semua yang sewaktu dengannya. Jadi, sangat sesuailah
jika anda menyertai PALAPES LAUT. Ianya sesuatu yang lain daripada yang lain. Percayalah.
SEDIA BERKORBAN
“JOIN NAVY & SEE THE WORLD”
contact person:
PENDAFTARAN MELALUI SMS:
Taipkan< NAMA PENUH> < KOLEJ>
< MATRIK > NO. K/P > < LAUT>
Contoh : HAZIQ BIN AHMAD KK5
IEJ100017 900606025512 LAUT
Nursyahirah Zulkarnain 01119709264
Zul Fadhli Ismail 0139086257