Thursday 10 October 2013

PERBARISAN KAWALAN KEHORMAT UNIVERSITI 2013

Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, 30 September – Majlis Istiadat Konvokesyen UM 2013 telah menerima kunjungan  Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Bersempena dengan itu, seramai 140 orang pegawai kadet PALAPES UM yang mana telah menggabungkan PALAPES Laut dan juga Darat telah terlibat dalam Perbarisan Kawalan Kehormat Universiti 2013.

                Pada hari Isnin tersebut, perbarisan kawalan kehormat telah berlangsung dengan diiringi pasukan pancaragam rejimen askar wataniah.  Dewan Tunku Canselor telah menyaksikan barisan Palapes UM dengan uniform Darat dan Laut bersatu dan gah berdiri di hadapan menyambut ketibaan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak.

~Sedia Berkorban




Perbarisan dalam keadaan senang diri 


Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Perbarisan sebelum berjalan keluar baris setelah tamat



Album bersama PALAPES Laut dan Darat Universiti Malaya

PDL Pasukan Pegawai Simpanan Tentera Laut Universiti Malaya

No comments:

Post a Comment