KDSI 1 – Pada 19 hingga 30 January 2015 yang lepas telah
berlangsung selama dua minggu latihan tahunan berterusan yang melibatkan
seramai 214 orang pegawai dalam latihan dari seluruh IPTA di bawah PALAPES Laut
Fasa 6.
Universiti Malaya telah menghantar seramai 19 orang senior
midshipment PALAPES Laut diiringi tiga orang Pegawai pengiring dan telah
berjaya menamatkan latihan tersebut dengan membawa pulang piala pusingan
Universiti Terbaik.
Sepanjang latihan tersebut, pegawai dalam latihan telah
menghadiri kelas – kelas yang disediakan untuk menambah ilmu pengetahuan secara
lebih mendalam tentang TLDM khasnya.
Tidak ketinggalan juga, pegawai dalam latihan telah diberi
peluang merasai sendiri pengalaman belayar selama dua hari satu malam dengan KD
Hang Tuah. Laluan pelayaran tersebut adalah di sekitar Pulau Pangkor.
|
Evening Activity (EA) |
|
Kelas yang dijalankan di Boat House |
|
Taklimat dan ucapan daripada Pegawai Memerintah KD Hang Tuah |
|
Pelayaran bermula selama dua hari satu malam |
|
Keadaan di atas KD Hang Tuah pada waktu malam |
|
Add caption |
|
Taklimat sebelum memulakan aktiviti air |
ACT pada kali ini merupakan latihan tahunan yang terakhir
bagi pegawai dalam latihan di bawah PALAPES Laut dan diharapkan dengan segala
pengalaman dan ilmu pengetahuan yang diperoleh boleh dikongsi dan digunakan
sebaik mungkin setelah tamat latihan dengan gelaran Leftenan Muda.
|
Divisi Thana ACT 2015 |
|
Divisi Zain ACT 2015 |
SEDIA BERKORBAN
No comments:
Post a Comment