Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)-Laut merupakan sebuah
pasukan yang terdiri daripada bakal-bakal pegawai simpanan Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) yang akan dilatih selama tiga tahun dalam waktu pengajian
Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya. Selepas tamat latihan selama tiga tahun,
mereka akan ditauliahkan dan berkhidmat dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera
Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) dengan pangkat Leftenan Muda. Pelbagai kursus
diperlukan jika pegawai simpanan berhasrat untuk dinaikkan pangkat (Leftenan
Dya dan ke atas).
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah kelebihan, keistimewaan dan
manfaat yang bakal diperoleh apabila menyertai PALAPES Laut Universiti Malaya,
bukan?
Apa yang pasti, PALAPES Laut sedikit sebanyak mampu membantu para
pelajar dari segi kewangan mahupun ilmu pengetahuan mengenai TLDM dan mereka
bakal mengalami sendiri kehidupan sebagai seorang tentera laut.
Kawad CO di KD SRI KLANG (KDSK). |
Seperti yang kita sedia maklum, sudah banyak berita mengenai 'pelajar
kelaparan' yang tersebar di dada-dada akhbar mahupun kaca TV. Oleh yang
demikian, PALAPES Laut Universiti Malaya dengan sukacitanya mengajak anda semua
untuk menyertai kami kerana dengan menyertai PALAPES Laut Universiti Malaya,
Pegawai Dalam Latihan (PDL) akan dibayar RM6/jam sepanjang latihan berlangsung,
dimana PDL akan dibayar RM120-RM360 sebulan mengikut tempoh latihan yang
dijalankan. PDL juga akan dibayar dengan pelbagai elaun termasuk bonus setiap
tahun (RM500 ke atas) dan elaun Kem Tahunan (selama tiga tahun latihan, RM400
ke atas).
Selain itu, PDL akan disediakan makanan dan minuman PERCUMA sepanjang
latihan diadakan dan kolej juga akan disediakan kepada mereka selama tiga tahun
pengajian sehingga pentauliahan. Bilik yang luas dan lengkap dengan fasiliti
dapat menjaga kebajikan PDL pada tahap yang terbaik.
Majlis RPC yang disertai oleh Ambilan 12 hingga 15. |
Bukan itu sahaja, PDL juga akan merasai sendiri pengalaman menjalani
latihan di atas kapal milik TLDM sendiri, seperti KD Mahawangsa, Kapal Layar
Diraja Tunas Samudera dan sebagainya. Tidak ketinggalan, PDL bakal dilatih
untuk menembak menggunakan senjata kecil seperti M-4. Sebelum itu, PDL bakal
disiapkan dengan ilmu-ilmu asas TLDM, daripada ilmu pentadbiran
(administration) sehinggalah persenjataan (gunnery). Sesungguhnya, pelajaran
dan pengajaran teori dan praktikal ini sangat berharga bagi PDL dalam
menyiapkan diri untuk menjadi lapisan kedua pertahanan negara sebagai Pegawai Simpanan
TLDM.
Latihan yang dijalankan di atas Kapal Diraja Hang Tuah (KD HANG TUAH). |
Dengan penerapan nilai-nilai positif yang sentiasa diamalkan oleh TLDM,
PDL secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri dan menambah 'soft
skills' untuk persiapan dalam menempuh alam pekerjaan kelak. Sijil PALAPES Laut yang ditanda
tangani sendiri oleh Agung juga mampu menjadi 'tiket' premium buat bakal
graduat untuk menempah tempat dalam pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia.
Taklimat ringkas diberikan oleh GI Nazemi semasa FOMDEX. |
Mungkin ramai yang memandang remeh akan penglibatan pelajar Ijazah
Sarjana Muda sebagai anggota PALAPES Laut di Universiti Malaya, namun mereka
tidak sedar akan kelebihan-kelebihan di atas, termasuklah mereka akan mendapat
Kad Pengenalan Angkatan Tentera Malaysia (Bat-C 20) yang mempunyai banyak faedahnya.
Jadi, apa tunggu lagi? Siapkan diri anda untuk menyertai kami! Sebarang
pertanyaan atau maklum balas, anda boleh terus hubungi kami melalui akaun Twitter rasmi PALAPES (Laut), Universiti Malaya di
http://twitter.com/RotuNavyUM. #SediaBerkorban #JomMasukPALAPES #RotuNavyUM
#NavyPeople
PKK Mohamad Ashraf Bin Md Salleh
Editor
Mahawangsa 15
PALAPES (Laut), Universiti Malaya