Pada
25 Januari 2017, KD Sri Klang telah menganjurkan lawatan ke SME Ordnance Sdn
Bhd (SMEO) yang melibatkan pegawai dan LLP. Tujuan lawatan adalah untuk
mendedahkan proses pembuatan peluru yang digunakan oleh badan-badan beruniform
seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan lain-lain.
SMEO
atau dikenali sebagai Syarikat Malaysia Explosive Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun
1967 sebagai syarikat persendirian. Kemudian, pada tahun 1969, syarikat ini
telah berubah status dari syarikat persendirian ke syarikat Join Venture dan menjadi anak syarikat National
Aerospace & Defense Industries (NADI). SMEO mengeluarkan produk peluru
berkaliber kecil, sederhana dan besar serta menyediakan perkhidmatan khusus
seperti pengubahsuaian peluru lama.
Setelah
sampai, kami diberi penerangan ringkas mengenai sejarah SMEO dan produk-produk
yang dikeluarkan oleh syarikat ini. Kemudian lawatan diteruskan ke sekitar
syarikat tersebut bersama pengiring yang menerangkan pembuatan peluru secara
berperingkat. Lawatan berakhir pada jam
1430H dengan sesi penyampaian cenderamata oleh Komander Michael Ding Soon Ming
PSSTLDM kepada wakil SMEO.
Pas lawatan untuk pelawat sebelum memasuki kilang
Akhir
kata, lawatan ini memberi banyak informasi dan maklumat kepada para peserta.
Selain itu, pelbagai pendedahan yang menarik dapat kami pelajari sepanjang
lawatan ini. Kami berharap agar lawatan seperti ini dapat dilaksanakan dengan
lebih kerap di masa hadapan.
Sesi gambar kenangan yang dijalankan di hadapan SMEO