Monday, 27 February 2017

LAWATAN SME ORDNANCE

Pada 25 Januari 2017, KD Sri Klang telah menganjurkan lawatan ke SME Ordnance Sdn Bhd (SMEO) yang melibatkan pegawai dan LLP. Tujuan lawatan adalah untuk mendedahkan proses pembuatan peluru yang digunakan oleh badan-badan beruniform seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan lain-lain.
SMEO atau dikenali sebagai Syarikat Malaysia Explosive Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1967 sebagai syarikat persendirian. Kemudian, pada tahun 1969, syarikat ini telah berubah status dari syarikat persendirian ke syarikat Join Venture dan menjadi anak syarikat National Aerospace & Defense Industries (NADI). SMEO mengeluarkan produk peluru berkaliber kecil, sederhana dan besar serta menyediakan perkhidmatan khusus seperti pengubahsuaian peluru lama.

Setelah sampai, kami diberi penerangan ringkas mengenai sejarah SMEO dan produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini. Kemudian lawatan diteruskan ke sekitar syarikat tersebut bersama pengiring yang menerangkan pembuatan peluru secara berperingkat.  Lawatan berakhir pada jam 1430H dengan sesi penyampaian cenderamata oleh Komander Michael Ding Soon Ming PSSTLDM kepada wakil SMEO.   

Pas lawatan untuk pelawat sebelum memasuki kilang

Akhir kata, lawatan ini memberi banyak informasi dan maklumat kepada para peserta. Selain itu, pelbagai pendedahan yang menarik dapat kami pelajari sepanjang lawatan ini. Kami berharap agar lawatan seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap di masa hadapan.


Sesi gambar kenangan yang dijalankan di hadapan SMEO


No comments:

Post a Comment