Tuesday, 26 February 2013

Latihan Menembak oleh PSSTLDM dan PALAPES LAUT UM


TARIKH : 23 FEBRUARI 2013
TEMPAT : SIRKIT MERENTAS HALANGAN DAN LAPANG SASAR PALAPES, UNIVERSITI MALAYA
ACARA : LATIHAN MENEMBAK MENGGUNAKAN PISTOL GLOCK 17 DAN VECTOR

Unit KD Sri Klang telah mengkoordinasikan latihan menembak pistol dan merempuh halangan untuk Pasukan Simpanan Sukarela TLDM dan tatkala Universiti Malaya terpilih sebagai tuan rumah, warga PALAPES Laut UM turut diberikan peluang untuk menembak menggunakan pistol. Latihan ini telah dihadiri oleh Pegawai staf (PS) KD Sri Klang, Lt. Kdr Dzulkarnain bin Ismail TLDM, Lt Kdr Mohamad Puza bin Zainal Abidin PSSTLDM serta Lt Kdr Michael Ding PSSTLDM. Turut hadir Mejar Mohd Nazar bin Ali, wakil dari pihak PTj PALAPES UM dan Dr. Rohana binti Mahmud, VIP jemputan merangkap pengetua Kolej Kediaman kelima.

Bagi latihan menembak tersebut, sasaran statik dan sasaran Falling plate telah digunakan. Latihan ini dikendalikan oleh Jurulatih Persenjataan, BM PAP(GI) Herwadee bin Mohd Nasir dengan kerjasama staf-staf KD Sri Klang. Tujuan utama latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada PDL dan PSSTLDM dalam mengendalikan senjata kecil. Setiap PDL diberi peluang menembak sebanyak dua kali dimana 10 butir peluru digunakan setiap kali tembakan. Setiap daripada kami cuba sedaya upaya menembak sasaran memandangkan kertas sasaran dan falling plate digunakan sebagai tanda aras kecekapan dan ketepatan kami dalam menembak. Tidak ketinggalan, para VIP juga diberi peluang untuk menembak.



Latihan ini telah dapat memupuk semangat kerjasama diantara UM dan PSSTLDM dari unit KD Sri Klang. Latihan menembak ini juga menjadi pemangkin dalam membentuk satu individu yang fokus dalam menetapkan target. Disamping itu, latihan menembak ini turut menerapkan nilai amanah dalam diri pelatih. Hal ini kerana mana-mana individu tidak dibenarkan menyimpan atau membawa pulang hatta sebutir kelongsong peluru.



bekerjasama dalam pemasangan khemah

semua pihak memberikan pertolongan untuk mencepatkan proses pemasangan khemah

pemasangan statik Target


siap pemasangan khemah dan susun atur
Gi wadee menunjukkan cara untuk mengeluarkan magazine

Gi wadee menerangkan cara untuk menembak sasaran target statik
5 detail statik target
latihan menembak statik target
PDL melepaskan tembakan dengan tunjuk ajar GI Wadee

VIP dan pegawai menjamu selera

kadet ambilan 13 membantu dalam mnghidangkan makanan kepada para hadirin

penyampaian cenderahati kepada dr. Rohana

penyampaian cenderahati oleh Pegawai Staf KD Sri Klang kepada Mejar Nazar

Monday, 25 February 2013

ACT Junior Midshipmen 2013

TARIKH : 22 JANUARI – 6 FEBRUARI 2013
TEMPAT : KD SULTAN IDRIS 1
PROGRAM : LATIHAN BERTERUSAN TAHUNAN TAHUN 1

Junior midshipmen ambilan 12 seramai 12 orang telah menyertai latihan berterusan atau ACT ( annual continuous training ) selama dua minggu di KD Sultan Idris 1 yang terletak di Pangkalan TLDM, Lumut , Perak.  ACT ini disertai oleh pelatih dari unit simpanan PSSTLDM dan 9 buah universiti  di seluruh Malaysia iaitu :

  1. UNIVERSITI MALAYA (UM)  
  2. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
  3. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
  4. UNIVERISTI TEKNOLOGI MARA (UITM Shah Alam)
  5. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
  6. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
  7. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
  8. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
  9. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
Sepanjang tempoh ini pelatih junior midshipmen telah didedahkan dengan beberapa aktiviti dalam memastikan objektif pelaksanaan kursus tercapai dengan jayanya. 

Aktiviti yang terlibat meliputi ;
1. early morning activity (EMA)
2. pembelajaran secara teori di dalam kelas
3. evening activity (EA) ; latihan fizikal, base run, larian ke boathouse, hoki deck dan bola tampar
4. night rounds
5. simulasi pertahanan
6. tangkas
7. lawatan ke kapal ; KD Jebat dan KD Mahawangsa
8. sea survival
9. renang
10. malam mesra
11. sambutan maulidur rasul 
12. marathon
13. ujian cergasan (UC)
14. dan banyak lagi


Setiap aktiviti yang dianjurkan sentiasa dipantau oleh Pegawai Latih Bertugas dan dibantu oleh Leftenan Muda. Disana Pegawai latih tahun 1 telah dibahagikan kepada enam kumpulan iaitu Thana Alpha, Thana Bravo, Thana Charlie, Zain Alpha , Zain Bravo dan Zain Charlie. Pembahagian divisyen ini adalah bercampur sembilan universiti yang bertujuan supaya para PDL berkenalan antara satu sama lain di samping memupuk sikap kerjasama dalam satu pasukan. Sesungguhnya, latihan ini banyak memberi pengetahuan yang sangat berguna kepada kami yang masih baru dalam TLDM INI. Majlis RPC banyak memberi peluang kepada kami mendekati pihak atasan TLDM sendiri seperti Leftenan Komander dan Pegawai memerintah KD Sultan Idris 1 yang banyak memberi nasihat dan maklumat. Beliau memberi kata-kata semangat kepada kami kerana berjaya melepasi latihan berterusan untuk tahun 1 dan berjaya bertahan hingga habis. 

kongsi gambar menarik ;

Antara kapal yang boleh dilihat dari kapal MCMV.

ini adalah sebahagian daripada bahan pemusnah periuk api
Antara pemandangan atas kapal
Para PDL tekun mendengar taklimat
lawatan ke KD Jebat

suasana semasa night round

tangkas
situasi selepas taklimat DCFF
persembahan pegawai kadet kanan tahun 1
Persembahan memukau dari Zain Charlie
pelbagai sajian terhidang
Para PDL teruja untuk makan

ACT Senior midshipmen.


TARIKH : 22 JANUARI – 6 FEBRUARI 2013
TEMPAT : KD SULTAN IDRIS 1
PROGRAM : LATIHAN BERTERUSAN TAHUN 2

Seramai 26 orang senior midshipmen telah berjaya menamatkan latihan berterusan di KDSI 1, Lumut, Perak. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memberi peluang kepada anggota PALAPES Laut seluruh Malaysia yang terdiri daripada:
  1. UNIVERSITI MALAYA (UM)  
  2. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
  3. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
  4. UNIVERISTI TEKNOLOGI MARA (UITM Shah Alam)
  5. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
  6. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
  7. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
  8. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
Latihan berterusan Palapes Laut memberikan pendedahan kepada pegawai dalam latihan (PDL) kehidupan sebenar seorang pegawai tentera laut. Peringkat senior banyak didedahkan dengan ilmu teori mengenai ilmu kelautan dan berpeluang menjalankan praktikal simulasi kapal, “ sea survival “ , menaiki kapal layar dan belayar dengan  KD Mahawangsa.

 Secara ringkasnya, aktiviti yang terlibat meliputi ;
1. early morning activity (EMA)
2. pembelajaran secara teori di dalam kelas
3. evening activity (EA) ; latihan fizikal, base run, larian ke boathouse, hoki deck, futsal dan bola tampar
4. night rounds
5. waspada
6. tangkas
7. lawatan ke kapal ; KD Panglima Hitam, KD Duyong, KD Rajawali
8. sea survival
9. Kawad formasi
10. Jiwa murni ke rumah anak yatim
11.sambutan maulidur rasul
12. marathon
13. ujian cergasan (UC)
14. malam mesra
15. dan banyak lagi

Latihan act ini adalah wajib untuk semua peringkat Palapes Laut bagi memastikan mereka dapat menyempurnakan jam kredit untuk pentauliahan kelak.
 







KD Panglima Hitam



dalam kelas

simulasi tangkas

kawad formasi zain charlie
pelbagai hidangan lazat tersedia