Monday 25 February 2013

ACT Junior Midshipmen 2013

TARIKH : 22 JANUARI – 6 FEBRUARI 2013
TEMPAT : KD SULTAN IDRIS 1
PROGRAM : LATIHAN BERTERUSAN TAHUNAN TAHUN 1

Junior midshipmen ambilan 12 seramai 12 orang telah menyertai latihan berterusan atau ACT ( annual continuous training ) selama dua minggu di KD Sultan Idris 1 yang terletak di Pangkalan TLDM, Lumut , Perak.  ACT ini disertai oleh pelatih dari unit simpanan PSSTLDM dan 9 buah universiti  di seluruh Malaysia iaitu :

  1. UNIVERSITI MALAYA (UM)  
  2. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
  3. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
  4. UNIVERISTI TEKNOLOGI MARA (UITM Shah Alam)
  5. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
  6. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
  7. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
  8. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
  9. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
Sepanjang tempoh ini pelatih junior midshipmen telah didedahkan dengan beberapa aktiviti dalam memastikan objektif pelaksanaan kursus tercapai dengan jayanya. 

Aktiviti yang terlibat meliputi ;
1. early morning activity (EMA)
2. pembelajaran secara teori di dalam kelas
3. evening activity (EA) ; latihan fizikal, base run, larian ke boathouse, hoki deck dan bola tampar
4. night rounds
5. simulasi pertahanan
6. tangkas
7. lawatan ke kapal ; KD Jebat dan KD Mahawangsa
8. sea survival
9. renang
10. malam mesra
11. sambutan maulidur rasul 
12. marathon
13. ujian cergasan (UC)
14. dan banyak lagi


Setiap aktiviti yang dianjurkan sentiasa dipantau oleh Pegawai Latih Bertugas dan dibantu oleh Leftenan Muda. Disana Pegawai latih tahun 1 telah dibahagikan kepada enam kumpulan iaitu Thana Alpha, Thana Bravo, Thana Charlie, Zain Alpha , Zain Bravo dan Zain Charlie. Pembahagian divisyen ini adalah bercampur sembilan universiti yang bertujuan supaya para PDL berkenalan antara satu sama lain di samping memupuk sikap kerjasama dalam satu pasukan. Sesungguhnya, latihan ini banyak memberi pengetahuan yang sangat berguna kepada kami yang masih baru dalam TLDM INI. Majlis RPC banyak memberi peluang kepada kami mendekati pihak atasan TLDM sendiri seperti Leftenan Komander dan Pegawai memerintah KD Sultan Idris 1 yang banyak memberi nasihat dan maklumat. Beliau memberi kata-kata semangat kepada kami kerana berjaya melepasi latihan berterusan untuk tahun 1 dan berjaya bertahan hingga habis. 

kongsi gambar menarik ;

Antara kapal yang boleh dilihat dari kapal MCMV.

ini adalah sebahagian daripada bahan pemusnah periuk api
Antara pemandangan atas kapal
Para PDL tekun mendengar taklimat
lawatan ke KD Jebat

suasana semasa night round

tangkas
situasi selepas taklimat DCFF
persembahan pegawai kadet kanan tahun 1
Persembahan memukau dari Zain Charlie
pelbagai sajian terhidang
Para PDL teruja untuk makan

No comments:

Post a Comment