TARIKH : 23 FEBRUARI 2013
TEMPAT : SIRKIT MERENTAS HALANGAN DAN LAPANG SASAR
PALAPES, UNIVERSITI MALAYA
ACARA : LATIHAN MENEMBAK MENGGUNAKAN PISTOL GLOCK 17
DAN VECTOR
Unit KD Sri Klang telah mengkoordinasikan
latihan menembak pistol dan merempuh halangan untuk Pasukan Simpanan Sukarela TLDM dan tatkala Universiti Malaya terpilih
sebagai tuan rumah, warga PALAPES Laut UM turut diberikan peluang untuk
menembak menggunakan pistol. Latihan ini
telah dihadiri oleh Pegawai staf (PS) KD Sri Klang, Lt. Kdr Dzulkarnain bin Ismail
TLDM, Lt Kdr Mohamad Puza bin Zainal Abidin PSSTLDM serta Lt Kdr Michael Ding PSSTLDM. Turut hadir Mejar Mohd Nazar bin Ali, wakil dari pihak PTj PALAPES UM dan Dr. Rohana binti Mahmud, VIP
jemputan merangkap pengetua Kolej Kediaman kelima.
Bagi latihan menembak tersebut,
sasaran statik dan sasaran Falling plate telah digunakan. Latihan ini
dikendalikan oleh Jurulatih Persenjataan, BM PAP(GI) Herwadee bin Mohd Nasir
dengan kerjasama staf-staf KD Sri Klang. Tujuan utama latihan ini adalah untuk
memberi pendedahan kepada PDL dan PSSTLDM dalam mengendalikan senjata kecil.
Setiap PDL diberi peluang menembak sebanyak dua kali dimana 10 butir peluru
digunakan setiap kali tembakan. Setiap daripada kami cuba sedaya upaya menembak
sasaran memandangkan kertas sasaran dan falling plate digunakan sebagai tanda
aras kecekapan dan ketepatan kami dalam menembak. Tidak ketinggalan, para VIP
juga diberi peluang untuk menembak.
No comments:
Post a Comment