Thursday, 7 February 2013

Latihan Berterusan Palapes Laut


Latihan berterusan yang dijalani oleh warga PALAPES Laut UM sememangnya meninggalkan seribu kenangan sama ada manis atau pahit. Melalui latihan berterusan ini juga, segala ilmu dalam bidang ketenteraan dapat ditimba oleh semua Pegawai Kadet.  Sesungguhnya, segala ilmu yang diperolehi di KDSK mahupun KDSI 1 mampu mendewasakan dan mematangkan sahsiah, kepimpinan dan keperibadian para Pegawai Kadet. Untuk menghadapi latihan ketenteraan ini sememangnya memerlukan persediaan yang cukup. Persediaan yang dimaksudkan ialah persediaan dari segi mental, fizikal dan emosi. Cabaran  dan dugaan yang dihadapi sepanjang latihan bakal mampu membentuk jati diri dan mampu  melatih Pegawai Kadet dari segi ketahan mental dan fizikal.



full strength PDL intake 11 & 12 -bergambar sebelum 'tayar bergolek'

kekuatan penuh! intake 13 bergambar bersama Lt Saufi dan pegawai pengiring



Akhirnya latihan tahunan palapes  selama 2 minggu berakhir dengan jayanya, baik midshipmen mahupun kadet. Latihan berterusan para Pegawai Kadet telah diadakan di KD Sri Klang, manakala latihan berterusan para Pegawai Kadet Kanan telah diadakan di KD Sultan Idris 1. 


KD Sultan Idris 1- pusat latihan bagi pegawai kadet kanan

KD Sri Klang- pusat pra-latihan berterusan bagi pegawai kadet

Ketika kawan-kawan yang lain sedang berseronok di kampung halaman masing-masing  semasa cuti akhir semester, namun para Pegawai Kadet tetap gigih bermandi keringat di tempat latihan. Hal ini menunjukkan bahawa para Pegawai Kadet rela mengorbankan waktu  cuti mereka untuk bersama-sama menjalani latihan semata-mata untuk memastikan diri sentiasa bersedia menghadapi apa jua anasir-anasir jahat pihak musuh. Semua ini dilakukan bukan kerana terpaksa tetapi atas kesedaran bahawa negara ini memerlukan golongan pelapis muda untuk menjaga dan mempertahankan negara yang tercinta.

No comments:

Post a Comment