Sunday 24 February 2013

Pra -ACT Kadet Ambilan 13

TEMPAT : KD Sri Klang
TARIKH : 23 JANUARI 2013 -6 FEBRUARI 2013
PROGRAM : LATIHAN BERTERUSAN TAHUNAN  

Pegawai kadet ambilan 13 seramai 27 orang telah menghadiri latihan berterusan tahunan yang diadakan di KD Sri Klang (KDSK). Terdapat 3 unit IPTA yang telah mengikuti latihan di KDSK iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) , Universiti Malaya  (UM), dan Universiti Teknologi mara (UITM). Kekuatan penuh setiap unit IPTA adalah seramai 83.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan antaranya adalah jalan lasak, latihan menembak, jiwa murni, malam mesra, lawatan ke ALAM dan Muzium Tentera Laut. Kami juga didedahkan dengan ilmu ketenteraan secara lebih mendalam dengan menghadiri kelas teori. Antara subjek yang diajar adalah communication, tradition and customs, seamenship, navigation, gunnery dan lain-lain. Bagi pegawai kadet ambilan 13 berasa teruja kerana pertama kalinya telah didedahkan dengan ilmu2 ketenteraan secara mendalam. Aktiviti EMA dan EA juga dapat dilakukan dengan baik oleh pegawai kadet walaupun sebelum ini mereka tidak pernah menjalani sebarang latihan ketenteraan. Namun begitu, aktiviti ini merupakan pengalaman yang paling berharga yang perlu terpahat di ingatan.




pegawai kadet ambilan 13 bergambar bersama LT MUDA SITI MUNIRAH
sebelum bertolak ke KDSK.

antara gelagat para kadet ketika EA dilakukan.




kelas bersama LT JUHAIZAL






aktiviti jalan lasak bersama PTI SHUKRI.

bergambar bersama setelah selesai aktiviti menembak.

No comments:

Post a Comment