Tuesday, 12 March 2013

Daily Order 9 Mac 2013

           Pada hari Sabtu bersamaan 9 Mac 2013, PDL palapes laut UM telah menjalani latihan tempatan untuk yang kedua kalinya bagi semester ke-2 sesi 2012/2013. Aktiviti yang dimulai dengan watches (perbarisan pagi) seawal jam 0830H. Setelah itu, kami melakukan ‘warming up’ dengan diketuai oleh PKK Brandon Chai An Weng sebagai persediaan untuk aktiviti seterusnya iaitu larian kampus. Aktiviti larian kampus yang dijalankan pada hari tersebut bermula dari Kolej Kediaman ke-5 (Dayasari) menuju ke Tasik Varsiti. Di sana, PDL dikehendaki melakukan senaman secara bergilir-gilir menggunakan kemudahan peralatan yang telah disediakan. Setelah itu, larian yang sentiasa di bawah pemantauan GI Herwadee, Leading Mohamad, Lt. Muda Mohd Shahrul Izaan dan Lt. Muda Muhd Hanafiah Nordin diteruskan lagi sehingga tiba di hadapan Perpustakaan Utama UM dan diselangi dengan beberapa senaman seperti tekan tubi dan lompat setempat. Tidak berakhir di situ, semua PDL diminta untuk meneruskan larian sehingga tiba di Sirkit Merentas Halangan. Pada mulanya, kami dikehendaki untuk melepasi halangan tembok setinggi 6 kaki tanpa bantuan. Hanya segelintir sahaja yang berjaya melepasinya. Kemudian, GI Herwadee memberi penerangan pula tentang teknik-teknik untuk melepasi halangan tersebut dengan menggunakan bantuan.




 
Akhirnya, aktiviti larian kampus kami berakhir di tempat permulaan iaitu KK5 pada jam 1030H. Setelah berehat untuk seketika, latihan pada hari tersebut diteruskan pula dengan latihan sukan futsal dan bola jarring sebagai persediaan bagi menghadapi Karnival Sukan Palapes Laut yang akan berlangsung pada bulan April akan datang. Kemudian, pegawai kadet ambilan 13 pula dikehendaki untuk mempersembahkan persembahan yang bakal mereka tampilkan pada Karnival Sukan. Selaku tuan rumah pada tahun ini, palapes laut UM dengan bimbingan jurulatih dan pegawai-pegawai ambilan 10 begitu bersemangat dan bekerja keras untuk menjayakan Karnival Sukan pada kali ini. Pada jam 1230H, semua PDL dibenarkan bersurai bagi memberi ruang untuk menikmati makan tengah hari dan bagi menunaikan solat fardhu Zuhur sebelum meneruskan latihan renang pada jam 1400H. Alhamdulillah, latihan pada hari tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya dan berakhir pada jam 1730H.

Terdapat banyak manfaat yang kami perolehi sepanjang mengikuti latihan pada hari tersebut. Antaranya ialah kami dapat menjana kekuatan fizikal di samping dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan kami. Selain itu, kami juga dapat memperbaiki mutu permainan kami bagi menghadapi acara-acara dalam Karnival Sukan yang sebenar nanti. Tambahan pula, sebahagian besar daripada kami telah mampu untuk meningkatkan & memajukan teknik renang masing-masing disamping dapat melakukan ‘floating’ dengan jayanya berkat kesabaran dan tunjuk ajar GI Herwadee dan PTI Ahmad Syukri. 

Sesungguhnya bersama-sama kesusahan itu ada kesenangan. 
dan bersama-sama kesakitan itu ada kemanisan
 
Palapes Laut UM is the best!

No comments:

Post a Comment