Sunday 10 March 2013

Solat Hajat Perwira


TARIKH : 7 Mac 2013
TEMPAT : Surau Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
AKTIVITI : Majlis Solat Hajat '' Pray for Sabah '' anjuran HEP
PENGLIBATAN : Kadet PALAPES UM ( LAUT-DARAT)
PAKAIAN : Mufti Rig (L) , Planters Order (W)

Warga PALAPES Laut mengucapkan salam takziah kepada perajurit yang terkorban dan kami ingin mengucapkan selamat berjaya kepada para perajurit dalam mempertahankan negara. Kami sentiasa bersama dengan Pewira negara. 

Tan Sri Musa Hasan ialah mantan Ketua Polis negara merupakan tetamu yang dijemput dalam program Solat Hajat Perwira bagi menjelaskan isu keselamatan Lahad Datu dan  Pelancaran tabung Lahad Datu yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UM) dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya (HEP UM).


"BANGGA BERKHIDMAT"






Firman Allah ; "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka.Dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu - kecuali ia bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan, atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain - maka sesungguhnya ia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka jahanam; sedang neraka jahanam ialah seburuk-buruk tempat kembali. '' - (Al-Anfaal 8:15-16)

No comments:

Post a Comment