Sunday 28 April 2013

Pra Makan Malam Regimental PALAPES UM [ pra-Mess Night ]

TARIKH : 21 April 2013
TEMPAT : Dewan Semarak Akademi Pengajian Melayu
ACARA : Majlis Makan Malam Regimental Sempena Hari Ulang Tahun PALAPES UM Ke-48
PENGLIBATAN : Pegawai Kadet PALAPES UM (Laut & Darat)  Tahun 3.

Pada 21 April yang lepas, pra-mess night atau pra makan malam telah diadakan di Dewan Semarak APM. Majlis pra-mess night diadakan bagi melatih para PDL Tahun 3 yang bakal ditauliahkan sebelum mess night yang sebenar dijalankan selepas mereka ditauliahkan pada bulan 7 nanti. Dengan penuh protokol ketenteraan, mereka diraikan seperti semasa pentauliahan sebagai bakal Leftenan Muda kelak. 

Umpama baru semalam ditemuduga untuk menyertai PALAPES UM, kini telah bergelar senior midshipmen. Pada ketika ini, perasaan lega mungkin tersemat di benak hati setiap ahli intake 11. Walaupun pada awalnya berhadapan dengan pelbagai dugaan, cubaan, rintangan dan perit sepanjang menjadi seorang PALAPES. Namun, kita harus berbangga kerana berjaya menahan diri sehingga kekal ke pencapaian pada hari ini. Terima kasih kepada para pegawai dan jurulatih PALAPES UM atas sumbangan anda semua mendidik dan memotivasikan kami selama ini.

" BANGGA BERKHIDMAT "



jurulatih PALAPES UM

barisan VVIP kehormat yang hadir
pasangan pengerusi yang mantap dan suara yang komersial
wajah ceria senior midshipmen 

persembahan koir gabungan PALAPES laut-darat Tahun 3

" food presentation "


brassband turut hadir menghidupkan suasana

acara pemotongan kek
persembahan etnik kretif gabungan inter laut & darat 

persembahan puisi 
pergerakan keluar para VVIP jemputan
Para Pegawai Kadet Tahun 3


No comments:

Post a Comment