Monday 22 July 2013

Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Ke-32 (OCEAN 11)

TARIKH: 6 Julai 2013
TEMPAT: Universiti Malaysia Sabah
ACARA: Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Ke-32



Tanggal 6 Julai 2013 adalah merupakan detik bersejarah buat squad Ocean 11 kerana telah berjaya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. 
Tahniah kepada senior pengambilan-11 yang telah ditauliahkan.

Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA Ke-32 telah mencatatkan sejarah tersendiri kerana buat julung kalinya telah sempurna dilaksanakan di padang kawad Universiti Malaysia Sabah. Istiadat tersebut terdiri daripada pemeriksaan perbarisan, perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat, perbarisan mara menghadap dan pengurniaan hadiah kepada pegawai kadet terbaik daripada setiap IPTA. Kemudian diikuti oleh majlis istiadat penganugerahan watikah di Dewan Canselori. Leftenan Muda Brandon Chai An Weng adalah kadet terbaik bagi PALAPES Laut Universiti Malaya.

Seramai 1,340 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) melibatkan 17 institut pengajian tinggi awam dari seluruh negara termasuk Akademi Laut Malaysia (ALAM) telah dijadualkan ditauliahkan di Universiti Malaysia Sabah. Namun disebabkan oleh warga UITM Shah Alam masih dalam tempoh peperiksaan akhir, maka hanya seramai 1254 orang pegawai kadet yang ditauliahkan. 


para pegawai dan senior bergambar sebelum pergerakan ke KLIA.
Ini adalahjadual penerbangan kedua, 26 Julai. Penerbangan paling awal melibatkan
pegawai, jurulatih, pegawai kadet dan kadet pembantu bermula pada 23 Julai.
 Penerbangan akhir pula pada 29 Julai 2013.
sesampainya disana kami dikehendaki terus bergerak ke tempat timbang bagasi
alhamdulillah tiba di kolej kediaman UMS dengan selamat
latihan kawad selama seminggu
keadaan dan pemandangan dewan canselori UMS

pelakon ibu bapa kadet terbaik . :D
Timbalan Komandan memberikan nasihat dan dorongan
kepada squad Sniper32 dan Ocean 11
wajah-wajah ceria  masih terpapar di rias wajah biarpun letih dan lelah
para pegawai kadet laut segak berdiri ditengah padang kawad

pemeriksaan perbarisan oleh Sultan Kelantan V

Pegawai Kadet Terbaik PALAPES LAUT 
teriakan daulat Tuanku 

#kadet pembantu#
gambar terakhir di hadapan banjaran Gunung Kinabalu

gambar bersama darat dan laut

Kata-kata GI Herwadie yang masih terpahat di hati, 
 " Biar berpeluh semasa latihan, Jangan berdarah semasa berperang " . 

Tahun hadapan UPSI . Wait for us . Insya Allah. 

No comments:

Post a Comment