Thursday 12 September 2013

PROMOSI PALAPES LAUT UM SIRI 14/2013

Promosi Pengambilan PALAPES-Laut UM yang dijalankan di Dewan Tunku Canselor pada 2 September lepas ini telah menyaksikan permohonan yang ramai  dalam menyertai PALAPES-Laut UM pada tahun ini.


promosi di booth PALAPES Laut bersama pegawai dan staf
persembahan PALAPES di Padang Varsiti

Calon yang telah mendaftarkan nama untuk menyertai PALAPES-Laut akan melalui beberapa proses tapisan iaitu Ujian Kecergasan, Pemeriksaan Kesihatan, Tapisan Keselamatan, Temuduga Awal dan Temuduga Akhir. Selepas berjaya melalui semua peringkat tapisan, barulah calon akan diterima masuk dalam PALAPES-Laut UM.

Semoga pengambilan pada kali ini akan terus memperkuat, melengkapkan dan melahirkan sumber manusia yang berkualiti dalam Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia.


barisan pegawai dan jurulatih PALAPES Laut


SESI PENGAMBILAN BARU PEGAWAI KADET LAUT AMBILAN KE-14

1. Medical Check up dan UKA
Tarikh : 21& 22 September 2013
Hari : Sabtu & Ahad
kehadiran : Wajib untuk semua calon pegawai kadet baru

2. Tapisan Keselamatan akan diadakan pada :
Tarikh : 1/2/3 Oktober 2013
# Pilih mana tarikh yang tiada kelas... untuk yang ada kelas surat pelepasan akan dibuat.
# Jangan lupe checklist yang telah diberi akan digunakan pada waktu ini... so be prepared!!

maklumat dan info lain akan diupdate lagi dari masa ke semasa.. Oleh itu, utk semua ketua kolej sila berhubung dengan subby angkat masing-masing utk maklumat lebih lanjut.

                                       "WELCOME ABOARD"


"join navy you see the world"

No comments:

Post a Comment