Monday 23 September 2013

PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN UJIAN CERGAS

Alhamdulillah akhirnya pemeriksaan kesihatan bakal kadet Laut Ambilan 14 telah selesai dilaksanakan selama 2 hari berturut-turut bertempat di Markas PALAPES UM iaitu pada 21 September dan 22 September 2013. Calon-calon PALAPES Laut UM pengambilan 14/2013 telah menjalani beberapa pemeriksaan saringan bagi menentukan tahap kesihatan mereka sebelum dibenarkan menyertai PALAPES-Laut. Semoga kesemua calon yang berminat berjaya dalam pemeriksaan kesihatan ini.

Promosi yang telah dijalankan selama seminggu semasa Minggu Haluan Siswa berjaya menarik ramai pelajar UM Tahun 1 untuk mendaftar sebagai PALAPES Laut. Masing-masing mempunyai tujuan tersendiri mengapa ingin melibatkan diri dalam palapes. Ketika beramah mesra dengan bakal-bakal Pegawai Kadet tersebut, ramai yang mengatakan bahawa mereka tertarik dengan pakaian yang dipakai oleh pegawai-pegawai PALAPES Laut semasa minggu promosi. Tidak dinafikan juga ramai yang berhasrat untuk mendapatkan pendapatan sampingan serta jaminan untuk mendapatkan tempat di dalam kolej sepanjang pengajian. Walau apapun tujuan, harapan kami semoga semua calon pegawai kadet PALAPES Laut terus bersemangat untuk menjadi sebahagian dari kami.

Antara gambar-gambar yang ditangkap semasa aktiviti:

Bakal-bakal pegawai kadet sedang tekun mendengar arahan untuk mengisi borang

















No comments:

Post a Comment