TEMPAT: Phnom Penh
Projek Lawatan Akademik dan Delegasi ke Kemboja sekali lagi adalah merupakan kesinambungan projek-projek yang dijayakan pada sebelum ini dan merupakan salah satu projek tahunan yang paling berjaya di bawah seliaan PALAPES Universiti Malaya sejak beberapa tahun yang lalu. Justeru, bagi mencapai misi dalam mengantarabangsakan PALAPES Universiti Malaya, objektif utamanya adalah untuk mempelajari tentang hubungan diplomatik kedua negara dari Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Kemboja selain melihat beberapa aspek penting bagi sesebuah negara seperti sejarah, budaya, sosioekonomi dan ketenteraan di Kemboja. Seramai 30 orang anggota PALAPES UM dan 15 pegawai tetap dan pegawai sukarela juga jurulatih telah mengikuti delegasi ini. Penglibatan oleh PALAPES Laut UM adalah seramai 9 orang Pegawai Kadet Kanan, 3 orang pegawai dan seorang jurulatih. Tour Guide kami sepanjang program itu ialah mr. Kaub Yousos atau lebih mesra dipanggil bong yusof. Dia adalah seorang pemuda melayu cham.
24 Nov 13, Hari pertama:
Sebahagian anggota telah berkumpul di Kompleks Palapes UM pada pukul 3.00 pagi bagi menaiki bas ke Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT).Penerbangan kami ke Kemboja pada pukul 7.05 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Phnom Penh pada pukul 8.55 pagi. Ini bermakna, kami telah tiba di lapangan terbang Phnom Penh pada pukul 7.55 pagi waktu tempatan. Beza masa bagi Malaysia dan Kemboja adalah sejam lebih awal. Ketibaan kami telah disambut oleh Penasihat Pertahanan Malaysia iaitu Kolonel Adnan Bin Ariffin.
Kemudian, kami telah bergerak untuk ke Siem Reap dengan menaiki bas. Perjalanan mengambil masa selama 6-8 jam. Kami telah berhenti berehat di Spider Market yang terletak di antara Phnom Penh dan Daerah Kampung Cham.
Kami telah menginap di Myhibiscus Hotel untuk satu malam. Pada pukul 8.00 malam waktu Kemboja, kami telah bersiap untuk makan malam di Bopha Angkor Restaurant. Selepas itu, kami telah dibawa ke Siem Reap Art Center Night Market sebelum bergerak pulang ke Hotel dengan menaiki tuk-tuk ( teksi utama orang Kemboja).

punca pasar dinamakan sebagai Spider market adalah kerana labah-labah goreng ini. Rasanya rangup seperti cucur. |
Kami telah menginap di Myhibiscus Hotel untuk satu malam. Pada pukul 8.00 malam waktu Kemboja, kami telah bersiap untuk makan malam di Bopha Angkor Restaurant. Selepas itu, kami telah dibawa ke Siem Reap Art Center Night Market sebelum bergerak pulang ke Hotel dengan menaiki tuk-tuk ( teksi utama orang Kemboja).
Bopha Angkor Restaurant |
Siem Reap Art Center Night Market |
Untuk menjamu selera, restoran makanan halal mungkin sukar didapati memandangkan kebanyakan daripada penduduk beragama Buddha namun terdapat beberapa restoran halal di sini, salah satunya ialah Wau Restaurant, D' Nyonya Restaurant dan Mamak's Corner Restaurant. Selain itu, restoran KFC juga menghidangkan makanan halal untuk pelancong beragama Islam.
sesedap makanan malaysia |
25 Nov 13, Hari kedua:
Selepas bersarapan dan check out dari Myhibiscus Hotel, perjalanan kami diteruskan untuk ke Angkor wat. Angkor Wat sehingga kini seni bina ini menjadi kebanggaan negara Kemboja. Angkor Wat ini dibina bagi didedikasikan kepada tuhan Vishnu dan mengambil masa selama 37 tahun untuk membina kuil ini. Ia dibina oleh Raja Suryavaman II pada awal abad ke-12 sebagai kuil negara dan ibu kota. Ia dibina menggunakan tenaga manusia dan 3000 ekor gajah. Terdapat sebuah dinding utama di dalam Angkor Wat yang menjadi tarikan utama pelancong di mana dinding tersebut penuh dengan ukiran yang menceritakan tentang peperangan zaman lampau.
Kemudian kami telah bertolak untuk ke New York Hotel, Phnom Penh. Kami berhenti untuk makan di perkampungan orang Cham iaitu Kampung Potien. Terdapat masjid yang agak besar didirikan di kampung itu. Difahamkan masjid ini terbina hasil sumbangan daripada orang kaya Kemboja sendiri yang menetap di Singapura dan orang-orang Arab serta Malaysia. Di Kemboja, kerajaan membebaskan untuk beragama akan tetapi kerajaan tidak akan sesekali memberikan bantuan kewangan untuk membina masjid, madrasah atau lain-lain pusat. Mereka perlu berusaha untuk mencari sendiri.
Tapak kaki orang dahulu yang dipindahkan dan dibawa ke tapak ini. |
kolam renang yang dipercayai tempat mandian raja dan apsara. Terdapat 8 kolam semuanya |
Kemudian kami telah bertolak untuk ke New York Hotel, Phnom Penh. Kami berhenti untuk makan di perkampungan orang Cham iaitu Kampung Potien. Terdapat masjid yang agak besar didirikan di kampung itu. Difahamkan masjid ini terbina hasil sumbangan daripada orang kaya Kemboja sendiri yang menetap di Singapura dan orang-orang Arab serta Malaysia. Di Kemboja, kerajaan membebaskan untuk beragama akan tetapi kerajaan tidak akan sesekali memberikan bantuan kewangan untuk membina masjid, madrasah atau lain-lain pusat. Mereka perlu berusaha untuk mencari sendiri.
masjid Darul Ridwan yang terletak di perkampungan melayu Cham |
26 Nov 13, Hari ketiga:
Perjalanan kami bermula dengan melawat ke National Defence University (NDU). Taklimat mengenai NDU telah disampaikan oleh M.G Thet Chanbormey. NDU merupakan institusi yang melatih para pegawai kanan.
Selepas itu, kami telah melawat ke Pejabat Kedutaan Malaysia di Kemboja. Ketibaan kami disambut oleh Penasihat Pertahanan Malaysia iaitu Kolonel Adnan. Seterusnya, kami diberikan taklimat oleh YM Raja Saiful Ridzuwan berkenaan hubungan diplomatik Malysia dan Kemboja dari aspek ekonomi, sosial dan politik. Brig Jen Datuk Mahadi Bin Abdul selaku ketua delegasi membuat kunjungan hormat ataupun "courtesy call" kepada pihak Kedutaan Besar, TYT Raszlan Bin Abdul Rashid.
Pada waktu petang pula kami telah dibawa melawat ke Cambodian Navy Headquarters. Pertemuan kami berlangsung di bilik mesyuarat ibu pejabat tentera laut.

27 Nov 13, Hari keempat:
Lawatan dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan melawat ke Cadet Officer School of Cambodia. Kami telah tiba di sekolah tersebut pada pukul 9.45 pagi walaupun lalulintas sesak namun perjalanan kami dipermudahkan dengan diiringi oleh kereta peronda “Gendemarie” iaitu pegawai polis Kemboja. Sekolah ini dinamakan sebagai Army School sebelum ditukar kepada Officer Cadet School pada tahun 1994. Sekolah ini banyak mendapat bantuan daripada Perancis sewaktu menjajah kemboja sebelum ini. Antara bantuan daripada Perancis kepada sekolah ini ialah bangunan,tapak latihan dan biasiswa kepada kadet yang layak melanjutkan pelajaran ke Perancis.
PALAPES UM bergambar bersama kadet Kemboja dan para pegawai |
Kemudian kami telah melawat ke Tapak Pembunuhan atau Killing Field. Kawasan yang dikhaskan oleh rejim Khmer Rouge bagi tujuan
pembunuhan dan perkuburan besar sepanjang tahun 1975-1979. Berdasarkan analisis
terdapat sekitar 20000 lubang kubur besar dan menurut kajian university Yale
terdapat 1386734 juta mangsa terbunuh. Killing field ini menjadi lokasi pembunuhan orang-orang Kemboja yang tidak bersalah dan kebanyakannya adalah bijak pandai orang Kemboja sendiri. Semasa Januari 1979, tentera Vietnam dan orang-orang kemboja akhirnya berjaya menentang dan mengalahkan tentera Khmer Rouge. Namun, apabila masuk dlm
penjara ini didapati ada 14 orang yang terakhir disiksa dan dibunuh. Daripada
puluhan ribu yang dibunuh, 7 orang yang telah berjaya terselamat.
antara mangsa yang terselamat: Chun manh. menurut tour guide beliau sudah berumur 81 tahun |
Bangunan stupa peringatan yang menyimpan tengkorak-tengkorak manusia yang mati dibunuh dengan kejam oleh Rejim Pol Pot. |
bangunan setinggi 7 tingkat menempatkan bilangan tengkorak mengikut umur |
menurut mr. Yousos tengkorak putih adalah orang yang baru nak membesar manakala tengkorak coklat adalah orang tua. Rekahan pada kepala pula adalah pukulan dan siksaan yang diterima sebelum dibunuh |
Kemudian, kami dibawa melawat ke Tuol Sleng Genocide Museum atau lebih dikenali sebagai S-21. Tempat ini pada mulanya merupakan sebuah sekolah tetapi telah ditukarkan menjadi penjara oleh pemerintah Khmer Rouge iaitu Pol Pot. Di sini lah mangsa akan di soal siasat, didera dan disiksa dengan pelbagai peralatan dan kaedah penyiksaan untuk mendapat pengakuan bersalah. Mangsa dipaksa mengaku bersalah atas apa jua tuduhan yang dikenakan, kemudian butir-butir pengakuan akan direkodkan dan diambil gambar untuk dihantar kepada pemerintah sebagai bukti mereka adalah penderhaka dan seterusnya akan dibawa ke tapak pembunuhan Killing Field untuk dibunuh.
gambaran siksaan yang mana kaki di ikat dan kepala ditenggelamkan dalam tempayan berisi air |
tour guide kami sepanjang lawatan, mr. Yousos. ini adalah bilik tahanan |
dahulu ini adalah tempat senaman kanak-kanak sekolah namun setelah regim Khmer Rouge dijadikan tempat siksaan yang zalim |
antara mangsa-mangsa yang terbunuh |
bangunan yang dahulunya sekolah tetapi dijadikan penjara semasa pemerintahan pol pot |
Pada malam hari diadakan makan malam bersama dengan pihak kedutaan di “Bhopa Phnom Penh Titanic Restaurant” sebagai menghargai kerjasama yang diberikan oleh mereka. Oleh itu , pada pukul 6.30 petang kami berpakaian batik bergerak ke sana dengan menaiki bas yang disediakan. Makan Malam tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada delegasi kepada pihak kedutaan sebagai tanda penghargaan.
28 Nov 13, Hari kelima:
Hari terakhir merupakan aktiviti santai kami, Kami telah dibawa ke Toul Tom Pong/ Russian Market. Pasar ini dinamakan sedemikian disebabkan oleh ramai oang rusia pada tahun 1980 maka digelarlah pasar ini pasar rusian. Tempat ini mungkin kurang selesa, agak panas dan sempit berbanding Central Market. Namun, harga yang dijual disini lebih murah sedikit dan pilihan barang untuk membeli belah lebih banyak berbanding di Central Market.
Manakala Thmey Market/ Central Market adalah tempat yang paling disukai oleh pelancong untuk membeli belah dengan harga yang berpatutan. Pasar ini mula dibina pada tahun 1935. Dahulu, kawasan ini hanyalah sebuah danau yang selalu banjir.

Kami juga berkesempatan untuk melihat Monumen Kemerdekaan (Independence Monument). Independence Monument dibina pada tahun 1957, iaitu semasa rakyat Kemboja mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada tahun 1953. Bangunan ini mempunyai 100 kepala naga sebagai simbolik dan lambang mereka bebas daripada penjajah. Kuasa naga tersebut dikatakan dapat menghalang kerajaan Kemboja daripada dijajah oleh kuasa asing yang lain.
monumen kemerdekaan |
Istana Diraja (Royal Place). The Royal Palace dibina pada tahun 1866 oleh Seri Paduka Raja Norodom. Nama penuh istana ini dalam bahasa Khmer ialah Preah Barum Reachea Veang Chaktomuk. Istana ini didiami oleh raja-raja Kemboja sejak dahulu kala lagi. Kini, Istana Diraja ini merupakan kediaman Raja Preah Bat Samdech Preah Norodom Sihanouk yang merupakan Raja Kemboja, dan Preah Reach Akka-Mohesey Norodom Monineath Sihanouk yang merupakan Ratu Kemboja. Setelah kemangkatan Seri Paduka Raja Norodom Sihanouk, maka istana ini pula didiami oleh Seri Paduka Raja Norodom Sihamoni yang baharu sahaja ditabalkan sebelum kemangkatan ayahandanya lagi. Istana ini dibina secara berperingkat di atas kubu lama yang dipanggil Banteay Kev. Ia menghadap ke arah timur dan terletak di bahagian barat antara Sungai Tonle Sap dan Sungai Mekong.
Akhirnya. kami telah menamatkan lawatan dan bergerak ke Phnom Penh International Airport sehingga tiba masa perlepasan yang dijangka pada pukul 4.45 petang dengan menaiki pesawat Air Asia, AK1475.
gambar terakhir di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh |
Daripada hasil pemerhatian delegasi PALAPES UM ke Kemboja, negara ini masih jauh ketinggalan dengan Malaysia dalam pelbagai aspek. Sebagai contoh kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air masih belum dibangunkan sepenuhnya di Kemboja terutama di luar bandar. Hampir 50% penduduk luar bandar masih belum mempunyai kemudahan air dan elektrik kerana kemiskinan dan tidak dapat bantuan kerajaan. Tiada saluran paip dibina untuk menyalurkan air bersih di kebanyakan kampung. Sebahagian kampung menggunakan pam air bawah tanah. Seterusnya, kemudahan elektrik hanya keluarga yang mampu sahaja dapat menikmati kemudahan ini. Harga elektrik dan air juga mahal dan sukar untuk ditampung oleh kebanyakan rakyat Kemboja.
Pol Pot telah memusnahkan hampir apa saja tamadun dan asas kehidupan moden daripada kenderaan, peralatan canggih sehingga menyebabkan rakyat Kemboja kembali mundur. Semua perkara dilakukan secara manual termasuk manusia dipaksa menarik bajak di sawah menggantikan lembu dan kerbau. Apa saja perkakasan dan ciptaan moden dimusnahkan kemudian diganti dengan konsep sama rata dan kembali ke zaman kuno. Sesungguhnya, rakyat Kemboja telah mengharungi perjalanan yg perit namun mereka masih perlu bergerak maju kehadapan untuk berdiri setanding semula dengan negara-negara membangun lain. Kita pula sebagai rakyat Malaysia tidak perlu untuk bermegah dan membandingkan segala kemewahan yang ada. Malahan sekiranya mempunyai sumber kewangan lebih, kita digalakkan untuk menyumbangkan sedikit bantuan untuk membantu nasib mereka.

Kami bertemu dengan ramai orang, dan kami melihat pelbagai keindahan di Kemboja. Kami terpegun dengan keindahan Angkor Wat dan medan pembunuhan di Choeung Ek amat menyentuh jiwa kami. Itulah yang dimaksudkan oleh Sydney Schanberg mengenai Kemboja - a country that one learns "to love and to pity”.
Dalam kesayuan melihat anak-anak Kemboja itu, kami amat bersyukur kerana selama kami hidup di bumi Malaysia ini, kita dapat kehidupan yang sempurna. Tempat belajar, rumah, sekolah, makan semua ada. Walaupun ada segelintir rakyat Malaysia yang susah tetapi tak setanding dengan apa yang sahabat-sahabat kita di Kemboja rasa. Oleh itu, bersyukurlah kita ke atas nikmat yang Allah kurniakan ini. Sentiasa kita berdoa agar nikmat ini tidak akan diambil semula lantaran sikap kita yang bukan sahaja tidak tahu erti syukur malah ada yang berniat untuk menghancurkan keamanan yang ada.
"to understand
combodia u need to understand its recent history"
wow! congrets to those who joined this delegation. good experienced
ReplyDelete