Monday 10 February 2014

ACT Jr Midshipmen 2014

20hb Jan sehingga 30hb Jan 2014, Annual Continuous Training (ACT) telah dijalankan di KDSI 1 yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. PALAPES Laut UM telah menghantar seramai 20 orang pegawai kadet kanan ambilan 13 ( Tahun 1) bersama dengan seramai 14 orang pegawai kadet kanan ambilan 12 (Tahun 2). Pegawai pengiring turut bersama-sama untuk memudahkan segala urusan sepanjang PDL melalui latihan tahunan berterusan di sana. Pegawai pengiring PALAPES Laut UM yang terlibat ialah
Lt M Salmia Bt Saling dan Lt M Mohd Khuwarizmi B Abd Mansor.

ACT bagi Junior Midshipmen pada tahun ini dipendekkan menjadi 10 hari berbanding dengan tahun lepas yang berlangsung selama 2 minggu. Hal ini disebabkan cuti umum untuk sambutan Tahun Baru Cina jatuh pada 31hb Januari 2014. Meskipun hanya 10 hari latihan berterusan namun pelbagai aktiviti yang dirancang telah dipadatkan dan memberi manfaat kepada Junior Midshipmen khasnya.

Sepanjang ACT tersebut, Tahun 1 setiap universiti digabungkan dalam beberapa divisyen iaitu Thana Alpha, Thana Bravo, Thana Charlie, Zain Alpha, Zain Bravo dan Zain Charlie. Divisyen-divisyen ini dibentuk untuk mewujudkan kerjasama antara PDL berlainan universiti serta memudahkan pembahagian kelas-kelas yang telah diatur. Junior Midshipmen telah menghadiri kelas bermula pada 21hb sehingga 27hb Januari 2014. Hari-hari terakhir PDL sibuk membuat persediaan untuk Malam Mesra yang dijadualkan pada malam terakhir ACT iaitu 29hb Januari 2014.

Lawatan ke kapal turut tersenarai dalam jadual latihan berterusan Junior Midshipmen. Lawatan tersebut dibuat pada 28hb Januari 2014 yang mana KD Kelantan, KD Hang Tuah, KD Kasturi siap sedia untuk menerima lawatan dari PALAPES Laut Tahun 1.

Kelas-kelas yang telah dihadiri oleh Tahun 1 semasa ACT disampaikan oleh pegawai yang khusus dalam bidang tersebut dan dijalankan di dalam kelas. Cara penyampaian setiap pegawai berbeza untuk memastikan pengetahuan baru ini dapat diterima baik oleh Tahun 1 yang akan naik ke Tahun 2. Kelas Naval Drill telah dijalankan di padang kawad bersama dengan jurulatih iaitu GI. Kelas-kelas lain yang dimaksudkan adalah :
-Naval Custom & Tradition
-Leadership & Management
-Naval Warfare
-RMN Communication
-Maritime Law
-Maritime Engineering
-API
-Seamanship

Selain itu, kelas DCFF juga telah dijadualkan tetapi memandangkan Junior Midshipmen PALAPES Laut UM dan beberapa lagi universiti lain tidak mempunyai kelengkapan pakaian untuk menjalani latihan tersebut, pegawai koordinasi KDSI 1 mengambil keputusan untuk memberikan peluang menjalani latihan selain daripada latihan yang dijalankan di TANGKAS pada waktu itu. Tahun 1 yang diasingkan daripada menjalani latihan TANGKAS dibawa ke Pusat Latihan Kemahiran Air KD Pelandok dan berpeluang mengikuti latihan Life Craft yang dilalui oleh Tahun 2.

Pengalaman serta pengetahuan baru yang diterima oleh Junior Midshipmen akan digunakan sebaiknya untuk menjadi Pegawai Simpanan yang lebih berkualiti dan terlatih. Sesuai dengan objektif TLDM untuk menjadi Tentera Laut bertaraf dunia.

Lawatan ke KD Kelantan untuk divisyen Thana Alpha dan Zain Alpha

Pegawai Waran 1 Encik Casley memberi sedikit taklimat

Lawatan ke KD Hang Tuah

No comments:

Post a Comment