Program: Latihan Tahunan Berterusan
Tempat: KD Sri Klang
Pegawai kadet ambilan 14 seramai 17
orang telah menghadiri latihan berterusan mulai 20 Januari 2014. Latihan ini
bertujuan untuk memberikan maklumat dan menyampaikan ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan tentera laut. Segala ilmu tentang ketenteraan dicurahkan dan diajar
semasa latihan ini untuk menguatkan pemahaman dan pengetahuan yang sedia ada. ACT ini diadakan di Kapal Diraja Sri Klang.
Pra ACT Pegawai Kadet telah berlangsung selama 2 minggu dengan dipenuhi aktiviti serta kelas. Aktiviti menarik yang telah dijalankan dan dilalui oleh kadet ialah lawatan ke kapal perang DiRaja British,jiwa murni, jalan lasak serta latihan menembak yang diadakan di UITM Shah Alam.
Setiap hari sepanjang latihan, pegawai kadet akan menjalani rutin seperti biasa seperti EMA (early
morning activity), Colors/Watches, Kawad
Kaki, Mess Ethic, EA(evening activity) dan Night Round. Rutin seperti ini akan melatih pegawai kadet agar lebih berdisiplin dan menepati masa. Kelas jugak dijalankan untuk memberi pengetahuan lebih mendalam kepada pegawai kadet berkaitan asas yang perlu diketahui sebelum menjadi Pegawai Simpanan yang telah ditauliahkan. Antara kelas tersebut adalah :
-Traditional
and custom
-Piping
-General Navigation
-Communication
-Service Knowledgement
-Mess
Rules and Naval Etiquette
-Buoyage
System
-Akta
Undang-undang Tentera
-Services
Document
-Elaun
-Service Writing
-Seamanship Anchor
and Cable
-Gunnery
Pegawai Kadet juga telah menghadapi ujian bertulis serta ujian kawad pada 29hb dan 30hb Januari 2014 untuk menguji sejauh mana kecekapan serta tahap setelah menjalani latihan 2 minggu.
Latihan berterusan
tahunan yang berlangsung selama 14 hari ini diharap dapat memberikan manfaat dan
kebaikan kepada Pegawai Kadet Palapes Laut ambilan 14 pada hari-hari yang akan
datang. Dalam masa yang sama mempunyai pengetahuan tentang tentera laut
dan etika-etika sebagai seorang tentera laut serta dapat menjadi seorang
tentera laut simpanan yang berkualiti.
Joging ketika EA (Evening Activity) |
Pegawai kadet membuat pemanasan badan sebelum berkawad kaki |
Menerima pembelajaran kawad kaki |
Lawatan ke kapal Perang Diraja British HMS Daring/D32 |
Persembahan kawad dari Tentera Laut
Diraja British
|
Bergambar bersama pegawai dan jurulatih setelah lawatan selesai |
Gambar terakhir di KD Sri Klang setelah tamat ACT |
No comments:
Post a Comment