Wednesday, 30 April 2014

KARNIVAL SUKAN PALAPES LAUT 2014 (KSPL 14)

Syukur ke hadrat Ilahi, sekali lagi karnival sukan PALAPES Laut berjaya ditamatkan. KSPL kali ini diadakan di UITM Shah Alam selama dua hari berturut-turut iaitu pada 19 dan 20 April 2014.

Acara yang dipertandingkan seperti Relay Run, Bola Tampar Lelaki dan Perempuan, Bola Jaring Perempuan, Bola Sepak, Menembak Sasaran, Renang dan beberapa lagi acara yang tidak dapat dilangsungkan atas sebab cuaca yang tidak berapa baik iaitu Futsal dan Hoki Geladak.

PALAPES Laut UM berjaya membawa pulang 3 emas hasil kemenangan Bola Sepak, Bola Jaring serta Menembak. Bravo Zulu diucapkan kepada pasukan UM.

Meskipun Johan tidak menjadi milik PALAPES UM namun, PALAPES Laut UM mampu menunjukkan kehebatan mereka dalam beberapa acara sukan yang membuat pihak lawan gerun.

Bola Tampar Lelaki UM vs UPM

Hoki Geladak

Suasana penyokong dalam kawasan kolam renang

Lt M Brandon Chai mewakili UM dalam acara renang

Acara Renang wanita

Pasukan Bola Jaring UM yang mengekalkan kejuaraan 2 tahun berturut-turut

Majlis Penutupan Karnival Sukan PALAPES Laut 2014


HARI ULANGTAHUN PALAPES KE - 49 TAHUN



Markas Kompleks Latihan PALAPES UM -
PDL PALAPES Laut dan Darat Universiti Malaya telah terlibat sepenuhnya dalam Majlis Hari Ulang Tahun PALAPES yang ke - 49.

Majlis tersebut telah disambut dengan meriah dan gahnya di padang kawad kompleks PALAPES UM dengan pasukan pancaragam serta persembahan dari PALAPES Darat. Sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Malaya. Turut meraikan pegawai-pegawai dari KD Sri Klang serta Pegawai dan Jurulatih PALAPES Universiti Malaya.

Kemeriahan majlis tersebut terserlah dengan gimik perasmian serta kawad hormat daripada PDL yang terlibat di hadapan tetamu kehormat.

Hari yang cerah dengan panas mentari pada hari tersebut tidak mengganggu gugat semangat mereka yang berada di padang kawad. Sedaya upaya berlatih untuk menunjukkan hasil persembahan yang terbaik di hadapan Naib Canselor serta VIP yang hadir.

Majlis Ulang Tahun PALAPES yang ke - 49 kemudiannya di akhiri dengan majlis potong kek di dalam dewan makan markas PALAPES UM serta dimeriahkan dengan persembahan- persembahan mantap dari PDL UM.

Perarakan masuk padang


Naib Canselor UM


Dif-dif kehormat

Naib Canselor buat pemeriksaan baris 

Gimik Perasmian Hari Ulang Tahun ke - 49

Perarakan keluar padang

Pasukan Pancaragam

persembahan Hakka


Majlis Jamuan 

Kek Ulang Tahun 



Persembahan semasa jamuan berlangsung



Saturday, 5 April 2014

ROTU CHALLENGE 2014



29 sehingga 30 Mac 2014 telah berlangsungnya program ROTU CHALLENGE atau lebih dikenali dengan RC selama dua hari berturut-turut. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya di Kolej Kediaman Dayasari, Universiti Malaya. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah pertandingan Iron Team, pertandingan Tarik Tali, perlawanan Bola Tampar, perlawanan Bola Jaring serta perkampungan RC yang setiap tahun diadakan.

          Anjuran JKP Palapes Kolej ini telah merancang dengan teliti setiap aktiviti-aktiviti yang akan dilancarkan pada hari kejadian. Perasmian ROTU CHALLENGE telah dirasmikan sendiri oleh TNC, YBhg.  Prof. Datuk Dr. Rohana Binti Yusuf seminggu sebelum pertandingan bermula iaitu pada 23 Mac 2014. 


           Pertandingan Iron Team merupakan pertandingan terbuka kepada semua anggota Palapes Darat dan Laut serta awam iaitu pelajar-pelajar Universiti Malaya secara amnya dan khasnya kepada pelajar-pelajar Kolej Kediaman Dayasari. Pemenang bagi pertandingan Iron Team adalah berdasarkan masa terpantas, kerjasama, dan semangat berpasukan. Pertandingan ini adalah pertandingan pertama yang dijalankan dengan penglibatan daripada Palapes Darat UIA. Laluan pertandingan bermula dari Pintu pagar KK5 menghala ke arah Bukit Cinta dan mengharungi aktiviti di merentas halangan PALAPES. Selesai di merempuh halangan akan berpatah balik ke Fakulti API, terus ke rimba ilmu dan ke garisan penamat di Kolej 5. Bukan setakat itu sahaja, semua ahli dalam setiap kumpulan perlu memikul pack loreng FSMO(3 kg pasir) untuk menguji kekuatan fizikal kumpulan Iron Team. Bravo Zulu diucapkan kepada semua yang berjaya mengharungi cabaran RC baru-baru ini.


          Perkampungan RC menjadi simbolik kepada ROTU CHALLENGE yang diadakan setiap tahun dengan kerjasama antara Palapes Darat dan Laut Universiti Malaya. 







           Pada 29 Mac juga telah berlangsungnya Majlis Makan Tengahari sempena Rotu Challenge 2014 di Dewan Makan Puspasari yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga Palapes dan warga Kolej. Dr Rohana Binti Mahmod yang merupakan pengetua Kolej Kediaman Dayasari hadir bagi memeriahkan majlis. Tidak ketinggalan persembahan daripada anggota Palapes Darat dan Laut menaikkan lagi suasana majlis anjuran JKP Palapes. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan Iron Team.






          ROTU CHALLENGE pada hari kedua 30 Mac 2014 diteruskan dengan pertandingan Bola Tampar dan Bola Jaring. Penglibatan dari orang awam sangat menggalakkan. Pada masa yang sama, pertandingan Tarik Tali turut dijalankan serentak pada waktu tersebut. Pegawai Leftenan Muda Palapes Darat dan laut serta jurulatih turut melibatkan diri dalam pertandingan. Kemeriahan pada hari terakhir ROTU CHALLENGE dapat dirasakan oleh semua yang hadir memberi sokongan. Untuk pengetahuan, pertandingan-pertandingan tersebut diadakan di gelanggang Kolej Kediaman Dayasari. 








          Petandingan Bola jaring yang melibatkan anggota Palapes Laut UM, Palapes Laut UM, Palapes Laut UIA serta pelajar UM mengumpulkan sebanyak 7 kumpulan untuk bertanding di gelanggang bola jaring kolej. Team bola jaring Palapes Laut UM sekali lagi menjuarai pertandingan setelah 2 tahun berturut-turut memegang gelaran juara RC bola jaring. Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain bola jaring Palapes Laut yang hebat bermain di gelanggang dengan penuh kesungguhan. Semoga kejayaan terus berpihak kepada kita.