Saturday 5 April 2014

ROTU CHALLENGE 2014



29 sehingga 30 Mac 2014 telah berlangsungnya program ROTU CHALLENGE atau lebih dikenali dengan RC selama dua hari berturut-turut. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya di Kolej Kediaman Dayasari, Universiti Malaya. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah pertandingan Iron Team, pertandingan Tarik Tali, perlawanan Bola Tampar, perlawanan Bola Jaring serta perkampungan RC yang setiap tahun diadakan.

          Anjuran JKP Palapes Kolej ini telah merancang dengan teliti setiap aktiviti-aktiviti yang akan dilancarkan pada hari kejadian. Perasmian ROTU CHALLENGE telah dirasmikan sendiri oleh TNC, YBhg.  Prof. Datuk Dr. Rohana Binti Yusuf seminggu sebelum pertandingan bermula iaitu pada 23 Mac 2014. 


           Pertandingan Iron Team merupakan pertandingan terbuka kepada semua anggota Palapes Darat dan Laut serta awam iaitu pelajar-pelajar Universiti Malaya secara amnya dan khasnya kepada pelajar-pelajar Kolej Kediaman Dayasari. Pemenang bagi pertandingan Iron Team adalah berdasarkan masa terpantas, kerjasama, dan semangat berpasukan. Pertandingan ini adalah pertandingan pertama yang dijalankan dengan penglibatan daripada Palapes Darat UIA. Laluan pertandingan bermula dari Pintu pagar KK5 menghala ke arah Bukit Cinta dan mengharungi aktiviti di merentas halangan PALAPES. Selesai di merempuh halangan akan berpatah balik ke Fakulti API, terus ke rimba ilmu dan ke garisan penamat di Kolej 5. Bukan setakat itu sahaja, semua ahli dalam setiap kumpulan perlu memikul pack loreng FSMO(3 kg pasir) untuk menguji kekuatan fizikal kumpulan Iron Team. Bravo Zulu diucapkan kepada semua yang berjaya mengharungi cabaran RC baru-baru ini.


          Perkampungan RC menjadi simbolik kepada ROTU CHALLENGE yang diadakan setiap tahun dengan kerjasama antara Palapes Darat dan Laut Universiti Malaya. 







           Pada 29 Mac juga telah berlangsungnya Majlis Makan Tengahari sempena Rotu Challenge 2014 di Dewan Makan Puspasari yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga Palapes dan warga Kolej. Dr Rohana Binti Mahmod yang merupakan pengetua Kolej Kediaman Dayasari hadir bagi memeriahkan majlis. Tidak ketinggalan persembahan daripada anggota Palapes Darat dan Laut menaikkan lagi suasana majlis anjuran JKP Palapes. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan Iron Team.






          ROTU CHALLENGE pada hari kedua 30 Mac 2014 diteruskan dengan pertandingan Bola Tampar dan Bola Jaring. Penglibatan dari orang awam sangat menggalakkan. Pada masa yang sama, pertandingan Tarik Tali turut dijalankan serentak pada waktu tersebut. Pegawai Leftenan Muda Palapes Darat dan laut serta jurulatih turut melibatkan diri dalam pertandingan. Kemeriahan pada hari terakhir ROTU CHALLENGE dapat dirasakan oleh semua yang hadir memberi sokongan. Untuk pengetahuan, pertandingan-pertandingan tersebut diadakan di gelanggang Kolej Kediaman Dayasari. 








          Petandingan Bola jaring yang melibatkan anggota Palapes Laut UM, Palapes Laut UM, Palapes Laut UIA serta pelajar UM mengumpulkan sebanyak 7 kumpulan untuk bertanding di gelanggang bola jaring kolej. Team bola jaring Palapes Laut UM sekali lagi menjuarai pertandingan setelah 2 tahun berturut-turut memegang gelaran juara RC bola jaring. Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain bola jaring Palapes Laut yang hebat bermain di gelanggang dengan penuh kesungguhan. Semoga kejayaan terus berpihak kepada kita.







          


No comments:

Post a Comment