Dewan Tunku Canselor,
Universiti Malaya, 13 Oktober 2014 – Majlis Istiadat Konvokesyen UM 2014 telah
menerima kunjungan Canselor UM, Duli Yang Teramat Mulia
Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Dr Nazrin Muizuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah.
Bersempena dengan itu, seramai 90 orang pegawai kadet
PALAPES UM yang mana telah menggabungkan PALAPES Laut dan juga Darat telah terlibat
dalam Perbarisan Kawalan Kehormat Universiti 2014.
Pada hari Isnin tersebut,
perbarisan kawalan kehormat yang diketuai oleh Kapten Dr Syed Abdul Razak Sayed Mahadi dari Regimen Askar Wataniah, telah berlangsung dengan diiringi pasukan
pancaragam dari Rejimen Askar Wataniah. Dewan Tunku Canselor telah menyaksikan
barisan Palapes UM dengan uniform Darat dan Laut bersatu dan gah berdiri di
hadapan menyambut ketibaan Duli Yang Teramat Mulia Sultan Perak.
"SEDIA BERKORBAN"
No comments:
Post a Comment