Program Induksi PALAPES Laut Universiti Malaya telah berlangsung dengan jayanya pada 17 hingga 20 Oktober 2014. Program yang melibatkan ambilan 14 serta ambilan 15 sebagai peserta ini sudah pasti tidak akan berjalan dengan lancar tanpa pertolongan para Pegawai, Jurulatih serta tidak lupa Senior Midshipmen dari ambilan 13.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pegawai kadet ambilan baru berkenaan PALAPES Laut UM. Selain itu, aktiviti sebegini juga mampu membentuk pegawai kadet yang berdisiplin dan berkualiti seiring dengan kehendak perkhidmatan.
Para pegawai kadet dari ambilan 14 dan 15 telah dibahagikan kepada 4 divisyen iaitu Thana Alpha, Thana Bravo, Zain Charlie dan Zain Delta. Setiap divisyen turut mempunyai fasilitator daripada kalangan Pegawai dan Senior Midshipmen.
Progran Induksi ini turut menyelitkan aktiviti kelas asas bagi para peserta yang telah disampaikan oleh Pegawai dan juga PDL dari ambilan 13. Kelas Naval Drill iaitu latihan kawad turut diadakan di padang kawad dengan tunjuk ajar jurulatuih iaitu GI Nazemi. Antara silibus yang telah dipelajari adalah:
-Naval Custom & Tradition
-Seamanship
-Naval Custom & Tradition
-Seamanship
-Mess etiquette
Aktiviti lawatan malam (night round) juga telah diadakan bagi memeriksa kebersihan bilik Peringkat, Dewan Makan dan juga tandas sepanjang Induksi berlangsung.Ekspedisi menawan Bukit Botak dan juga kemuncak program Induksi ini iaitu aktiviti Jalan Lasak turut berjalan dengan lancarnya.
Upacara Angkat Sumpah Pegawai Kadet Ambilan 15 |
Bergambar kenangan di Puncak Bukit Botak |
Divisyen Zain Delta selepas Jalan Lasak |
Diharapkan agar ilmu baru yang diperoleh sepanjang Program Induksi ini akan digunakan dan diaplikasikan sebaikya sepanjang berada dalam pasukan PALAPES bagi membentuk bakal Pegawai Simpanan yang unggul, selari dengan visi TLDM;
"Tentera Laut Bertaraf Dunia"
No comments:
Post a Comment