Tuesday, 31 March 2015

Perbarisan Audit Kesiagaan KD Sri Klang 2015



Bermula 28 March 2015, seramai 23 Pegawai Dalam Latihan (PDL) PALAPES Laut UM telah menghadiri latihan tempatan di KD Sri Klang sempena Perbarisan Audit Kesiagaan. Setibanya di KD Sri Klang pada 282230H, semua PDL dari setiap platun diarahkan untuk menyertai latihan raptai perbarisan. Raptai pada keesokan harinya dimulakan pula pada 290830H.

Pada 30 March 2015, Perbarisan Audit Kesiagaan telah berlangsung dengan lancarnya. Pemeriksaan barisan sempena kawad audit ini telah diketuai oleh YBhg Laksamana Muda Dato' Anuwar bin Mad Said, Asisten Ketua Staf (AKS) Sumber Manusia Markas Tentera Laut (MTL) dan turut merangkumi Timbalan Ketua Audit YBhg Laksamana Pertama Ganesh Navaratnam yang juga AKS Pengurusan Strategik MTL serta Pengarah Materiel YBhg Laksamana Pertama Mohamed Ariff bin Mahru. 


Pemeriksaan Platun Alpha


Platun Delta berjalan lalu
Sesi bergambar selepas perbarisan
PDL bersama Pegawai dan Jurulatih PALAPES Laut UM

Setelah selesai upacara perbarisan, Panglima-Panglima yang hadir beramah mesra bersama warga KD Sri Klang dalam satu majlis jamuan ringan. 
Sesi beramah mesra bersama warga UM
KD Sri Klang telah berjaya meningkatkan prestasi dalam peratusan markah 81.2% dan mengekalkan 4 bintang pada audit kali ini. Jutaan terima kasih dan tahniah dikhaskan kepada semua PDL, para pegawai dan jurulatih yang bertungkus lumus dan terlibat secara langsung atau tidak pada Perbarisan Audit kali ini.  

No comments:

Post a Comment