Bermula 2 Februari 2015 hingga 13 Februari 2015, Annual Continuous Training (ACT) bagi Junior Midshipment telah berjalan dengan lancar di KDSI 1. Seramai 7 orang Pegawai Kadet Kanan ambilan 14 telah menyertai kursus ini bawah jagaan pegawai pengiring Lt M Ruhaiza bt Samsudin.
Peserta kursus dari setiap universiti digabungkan dalam beberapa divisyen iaitu Thana Alpha, Thana Bravo, Zain Alpha, dan Zain Bravo. Minggu pertama kursus dipenuhi dengan aktiviti pembelajaran di dalam kelas, dan turut diisi dengan aktiviti 'base run', menaiki perahu layar, latihan renang, perahu panjang, dan water confidence. Pada hujung minggu, Junior Midshipmen juga diberi pelepasan untuk mempunyai shore leave ke AEON berdekatan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2GykcOgdWIEuE0fb2BvNX3TIKY15_lVcuv2F771L82lJ2OYpd0222GG68AbkhpbeW6xAx6aETixvFmH-4feOoOtDP8PFEyaKePRHXtAhcpqUnPBS3_GHSNJg8ZNW2bhjjdA2akT3j6v77/s1600/pp.jpg) |
Aktiviti perahu layar |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIRdO6Rx3cQ4Wu-a1TwmeNW-wp-cSErnzKjbe4bDP39hOwCnAv1PxaaRyn5Dfk1A5tsN3k6JwmQqFMDqlv6dRGR8Q65-12sCWKjGASMDJ6h3jmqLM29NDdrpuxUNzwP7Ft2bC4OXwloUwv/s1600/11012299_817296188316038_1406326971_n.jpg) |
Water confidence |
Pada minggu kedua, kesemua Junior Midshipmen dibawa melawat ke KD Sri Indera Sakti, KD Terengganu, PUSTAKMAR, KD Duyong, KD Panglima Hitam, KD Rajawali dan juga KD Pelandok.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNNfVDxVdby16sST2CB5Aa4dc3GVH_f2Xw-m60Uv4oxiel90ABzFd1YrZgwkwC7a4yYyMrl49jm8_XTtecSVq8bWWgw63_H5z24816MSUCY0RPQyglIf-IqGayIgz5hYbAM4V97CgQ8l0D/s1600/IMG-20150304-WA0008%5B1%5D.jpg) |
Divisyen Zain Bravo bergambar kenangan |
No comments:
Post a Comment