Serdang, 18-19 April 2015- Karnival Sukan PALAPES Laut ke-13 telah berlangsung dengan gilang gemilang bertempat di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Terdapat lima kontijen yang terlibat iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia(UiTM), Akademi Laut Malaysia(ALAM), KD Sri Klang (KDSK), dan Universiti Putra Malaysia(UPM) selaku tuan rumah. Acara tahunan kali ke-13 ini telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah KDSK, Kdr Prof Madya Dr. Jamalunlaili bin Abdullah PSSTLDM pada 180830H.
Kontinjen Universiti Malaya ketika perarakan masuk |
Karnival sukan kali ini mempertandingkan lapan acara yang dipertandingkan iaitu larian kampus, bola jaring, bola sepak, hoki geladak, bola tampar, futsal, renang dan selam tempur. Acara pertama iaitu Larian Kampus berlangsung sebaik sahaja selesai Upacara Perasmian.
Selepas tamat larian, acara bola jaring dan bola sepak diadakan serentak di Padang Serumpun, UPM. Pasukan bola jaring gagal mengekalkan kejuaraan pada kali ini manakala pasukan bola sepak berjaya meraih pingat gangsa. Setelah tamat pertandingan, para peserta berehat seketika untuk memberi laluan menunaikan solat dan makan tengahari.
Acara pada petang itu diteruskan pula dengan perlawanan futsal perempuan dan hoki geladak lelaki. Pasukan hoki geladak lelaki berjaya meraih pingat perak manakala futsal perempuan gagal mendapatkan sebarang pingat.
Acara terakhir bagi hari pertama ini adalah renang dan selam tempur. Selam tempur ini adalah acara baru yang diperkenalkan pada tahun ini. Pasukan renang 4x50m berkumpulan wanita dari UM berjaya menggalas pingat gangsa.
Pada keesokan harinya, acara diteruskan lagi dengan perlawanan futsal lelaki dan hoki geladak wanita. Tuah tidak berada bersama pasukan UM kerana kecundang pada peringkat awal pertandingan.
Acara terakhir yang dipertandingkan adalah bola tampar lelaki dan wanita. Pasukan bola tampar wanita berjaya merebut pingat gangsa. Akhir sekali, Upacara Penutupan berlangsung sekitar jam 1500H di Dewan Serbaguna. ALAM berjaya meraih Juara Keseluruhan Lelaki manakala UPM berjaya menggondol Juara Keseluruhan Wanita, Upacara ini diakhiri dengan Persembahan Penutup dari Pegawai Kadet Universiti Malaya berikutan tuan rumah pada tahun seterusnya.
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak atas kerjasama yang diberikan. Semoga semangat juang PALAPES Universiti Malaya tidak berhenti di sini sebaliknya semakin membara untuk merebut piala pada tahun hadapan,
No comments:
Post a Comment