Lumut, 16 April 15 – Pelayaran
bersama Kapal Layar Diraja Tunas Samudera (KLD Tunas) telah berlangsung bermula
9 hingga 16 April 2015. Pelayaran dari Lumut- Langkawi- Lumut ini telah
disertai oleh PALAPES Laut Universiti Malaya, Perajurit Muda (PTM) juga PSSTLDM
KD Sri Klang. Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada pelatih
untuk merasai pengalaman berlayar menaiki KLD Tunas. Pelayaran berdurasi 6 hari
ini turut memberikan para peserta menimba banyak pengetahuan baru justeru
mengaplikasikan ilmu pelayaran yang dipelajari.
Pelayaran dari Lumut ke
Langkawi mengambil masa hampir 30 jam untuk tiba bergantung pada cuaca dan
angin. Setibanya di Langkawi, pelatih berpeluang membantu krew kapal sekali gus
memerhati proses untuk berlabuh. Selepas mengambil gambar kenangan, kesemua
pelatih melakukan aktiviti terjunan dari kapal ke lautan. Aktiviti pada hari
kedua di Langkawi adalah “XO Cornetto Run” bertempat di Telaga Tujuh. Setiap
awasan dikehendaki mengambil gambar di setiap hentian tertentu diteruskan
dengan aktiviti jungle trekking hingga ke puncak Telaga Tujuh. Aktiviti
‘explorace’ ini telah dimenangi oleh Awasan Merah mengalahkan Awasan Putih dan
Awasan Biru. Pelatih dibenarkan ‘shore leave’ ke Pekan Kuah selepas aktiviti
berakhir. Aktiviti pada hari seterusnya adalah perlawaan futsal yang
menyaksikan krew kapal berentap dengan para pelatih KLD Tunas. Setelah tamat
aktiviti, pelatih diberi pelepasan untuk ‘shore leave’.
Di puncak Telaga Tujuh |
Bergambar kenangan di Telaga Tujuh |
Langkawi Cable Car |
Dimenangi oleh Awasan Merah |
Awasan Putih Memenangi pertandingan War Cry |
Dimenangi oleh Awasan Putih |
Para pelatih memanjat ‘yard arm’ |
1) Pertandingan Ikatan Tali
2) Pertandingan “War Cry”
3) Pertandingan Mengenal Pasti
Objek dan Tali
4) Pertandingan Mengembang dan
Menggulung Layar
Sepanjang ekspedisi ini berlangsung,
para pelatih berpeluang memanjat ‘yard arm’, melakukan tugasan seperti krew
kapal contohnya melakukan cucian kapal, mengembang dan menggulung layar juga
melakukan tugasan mengikut awasan yang terdiri daripada tugasan Fixing di
Anjungan Tertutup, Mengawal kemudi di Anjungan Terbuka, Look out di Foxle dan
juga tugasan di Bilik Enjin. Setiap awasan akan bergilir gilir melakukan
tugasan sepanjang malam. Para pelatih juga dapat mengenal pasti setiap
bahagian, peralatan dan jenis tali yang ada di KLD Tunas Samudera ini serta
belajar 10 jenis ikatan tali yang seringkali digunakan di merata tempat
termasuk di atas kapal ini. Pelatih juga dapat belajar melalui kelas teori
pelayaran seperti arah mata angin, teknik memerangkap angin juga kaedah menukar
haluan serta mengenal pasti jenis jenis layar berbentuk 3 segi dan 4 segi di
atas kapal.
Pada malam terakhir pelayaran,
KLD Tunas menurunkan sauh di Lumut Waterfront bagi mengadakan Malam Mesra
(Social Night) yang berlangsung dengan meriahnya bertemakan “Lagenda”. Pada
keesokan paginya, KLD Tunas meneruskan perjalanan ke Pangkalan TLDM Lumut
sekaligus mengakhiri sesi pelayaran 327/15 ini. Setelah selamat berlabuh,
upacara penyampaian hadiah dan sijil telah diadakan. Awasan Putih telah berjaya
menggondol awasan terbaik bagi Voyage 327/15.
No comments:
Post a Comment