Monday, 30 November 2015

Orientasi Pegawai Kadet (OPK)

Program Orientasi Pegawai Kadet (OPK) PALAPES Laut Universiti Malaya telah berlangsung dengan jayanya pada 20 hingga 22 November 2015. Program yang melibatkan ambilan 16 iaitu seramai 41 orang sebagai peserta ini sudah pasti tidak akan berjalan dengan lancar tanpa pertolongan para Pegawai, Jurulatih serta tidak lupa Senior Midshipmen dari ambilan 14 dan Senior Kadet dari ambilan 15. 

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pegawai kadet ambilan baru berkenaan PALAPES Laut UM. Selain itu, aktiviti sebegini juga mampu membentuk pegawai kadet yang berdisiplin dan berkualiti seiring dengan kehendak perkhidmatan. 

Para pegawai kadet dari ambilan 16 telah dibahagikan kepada 4 divisyen iaitu Alpha, Bravo,Charlie dan Delta. Setiap divisyen turut mempunyai fasilitator daripada kalangan Pegawai,Senior Midshipmen dan Senior Kadet.

Progran Induksi ini turut menyelitkan aktiviti kelas asas bagi para peserta yang telah disampaikan oleh Pegawai dan juga PDL dari ambilan 13. Kelas Naval Drill iaitu latihan kawad turut diadakan di padang kawad dengan tunjuk ajar jurulatih iaitu GI Nazemi. Antara silibus yang telah dipelajari adalah:

-Naval Custom & Tradition
-Seamanship
-Mess etiquette
-Navigation

Aktiviti lawatan malam (night round) juga telah diadakan bagi memeriksa kebersihan bilik Peringkat, Dewan Makan dan juga tandas sepanjang program berlangsung.AKtiviti kemuncak program Orientasi Pegawai Kadet iaitu aktiviti Jalan Lasak juga turut berjalan dengan lancarnya.

Kekuatan diambil selepas para pegawai kadet melapor diri

Berikut adalah beberapa gambar aktiviti yang dijalankan semasa program berlangsung :

Latihan kawad kaki bersama GI Nazemi

"Mess Ethiquette"

Pegawai Kadet dalam beberapa kelas asas Navy

Night Round yang dperiksa oleh Pegawai bertugas

Persembahan dari Pegawai Kadet ambilan 16 untuk majlis penutup


Diharapkan agar ilmu baru yang diperoleh sepanjang Program Orientasi Pegawai Kadet ambilan 16 ini akan digunakan dan diaplikasikan sebaikya sepanjang berada dalam pasukan PALAPES bagi membentuk bakal Pegawai Simpanan yang unggul, selari dengan visi TLDM;

"Tentera Laut Bertaraf Dunia"

Tuesday, 17 November 2015

FOMDEX Sungai Congkak

Hulu Langat - 7 November 2015 - Anggota PALAPES Laut UM telah diberi peluang untuk menjalani latihan Fitness Orientation and Mental Development Exercise (FOMDEX) ke Sungai Congkak, Hulu Langat Selangor.Program ini berlangsung dari 7-10 November 2015. Seramai lebih kurang 66 orang Pegawai Dalam Latihan (PDL) yang terlibat dalam aktiviti tersebut. 

Objektif program FOMDEX adalah sebagai persediaan dari semua aspek sebelum ke latihan berterusan selama 2 minggu,mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara jurulatih, pegawai dan pegawai kadet senior dan junior melalui aktiviti yang dilakukan serta meningkatkan lagi ilmu dan kadar stamina dalam kalangan pegawai dalam latihan.



Ketibaan di lokasi program FOMDEX

 Pembersihan tempat dan penyediaan khemah dilakukan


Sedikit taklimat permulaan oleh jurulatih

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang 4 hari program berlangsung ialah :



 "Water Confident"


 Kelas Ikatan Tali


 Kelas Senjata Kecil


 "Jungle Trekking"


 Segmen "Master Chef"


 Kotak Beracun


"War Game"
 Sesi penutup bersama Kapten Prof. Madya Dr. Jamalunlaili Bin Abdullah

Kesemua aktiviti yang telah dijalankan banyak memupuk semangat berpasukan antara PDL dan segala objektif program FOMDEX pada sesi kali ini telah tercapai walaupun terdapat sedikit kemalangan kecil yang berlaku.Segala kerjasama dari PDL dan jurulatih membuatkan program kali ini berjalan seperti yang dirancang.Diharapkan supaya semangat para PDL semakin membara untuk meneruskan perjuangan dalam PALAPES.Sekian,terima kasih.

SEDIA BERKORBAN!