Objektif program FOMDEX adalah sebagai persediaan dari semua aspek sebelum ke latihan berterusan selama 2 minggu,mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara jurulatih, pegawai dan pegawai kadet senior dan junior melalui aktiviti yang dilakukan serta meningkatkan lagi ilmu dan kadar stamina dalam kalangan pegawai dalam latihan.
Ketibaan di lokasi program FOMDEX
Pembersihan tempat dan penyediaan khemah dilakukan
Sedikit taklimat permulaan oleh jurulatih
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang 4 hari program berlangsung ialah :
"Water Confident"
Kelas Ikatan Tali
Kelas Senjata Kecil
"Jungle Trekking"
Segmen "Master Chef"
Kotak Beracun
"War Game"
Sesi penutup bersama Kapten Prof. Madya Dr. Jamalunlaili Bin Abdullah
Kesemua aktiviti yang telah dijalankan banyak memupuk semangat berpasukan antara PDL dan segala objektif program FOMDEX pada sesi kali ini telah tercapai walaupun terdapat sedikit kemalangan kecil yang berlaku.Segala kerjasama dari PDL dan jurulatih membuatkan program kali ini berjalan seperti yang dirancang.Diharapkan supaya semangat para PDL semakin membara untuk meneruskan perjuangan dalam PALAPES.Sekian,terima kasih.
SEDIA BERKORBAN!
No comments:
Post a Comment