Monday 9 December 2013

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI KADET KANAN PALAPES LAUT UM

7 Disember 2013, Padang Kawad Kompleks Palapes UM - Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai kadet Ambilan 13 telah berjaya dilaksanakan dan telah disempurnakan oleh Kept Jamal Bin Nuruddin PSSTLDM. Tetamu jemputan yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah Kdr Ahmad Nazim Bin Salimin TLDM, Peg. Staf 1 Cawangan Simpanan Markas Tentera Laut, Pegawai Koordinasi PALAPES (L) UiTM dan UPM serta pegawai dan jurulatih PALAPES (L) UM. Tidak ketinggalan pada majlis tersebut turut disaksikan oleh Pegawai Koordinasi PALAPES (L) Universiti Malaya Lt Mohd Aminuddin Bin Jamil TLDM.




Majlis yang julung kali diadakan di Padang Kawad Kompleks PALAPES UM ini mendapat pujian daripada Kept Jamal Bin Nuruddin PSSTLDM dan beliau turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pegawai-pegawai kadet yang telah dinaikkan pangkat menjadi Pegawai Kadet Kanan. Beliau turut berkongsi pengalaman dengan tetamu yang hadir bagaimana perjalanan beliau sebelum menyandang jawatan sebagai seorang Kepten dalam PSSTLDM. Harapan beliau kepada Pegawai Dalam Latihan (PDL) yang telah dilantik sebagai Pegawai Memerintah dan Pegawai Laksana bagi Senior Midshipmen dan juga Junior Midshipmen serta Pegawai Kadet Ambilan 14 agar terus berkhidmat aktif selepas ditauliahkan.



Pemakaian pangkat Pegawai Kadet Kanan untuk Pemegang Pangkat dan Pegawai Kadet Ambilan 13 telah dipakaikan sendiri oleh Kepten Jamal Bin Nuruddin dan Lt Aminuddin Bin Jamil. Perbarisan masuk padang pada waktu itu diketuai oleh Lt M Ahmad Hamdi Bin Ahmad PSSTLDM.




Selesai pemakaian pangkat, perbarisan kawad formasi dari Pegawai Kadet Kanan Ambilan 13 dengan menjadikan bentuk sauh kapal dihadapan dif-dif kehormat. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan kemudian jamuan makan tengahari di dewan makan Kompleks PALAPES UM.

Tahniah diucapkan kepada Pemegang-pemegang Pangkat Ambilan 12 dan 13 yang telah dilantik serta Pegawai Kadet Kanan Ambilan 13 yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan meningkatkan lagi semangat dan dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin seperti yang diharapkan.
-Sedia Berkorban





1 comment: