Sunday 14 December 2014

Latihan Menembak M-4 di Jugra

Pada 6 Disember 2014, satu latihan menembak bersama UM dan UiTM telah dianjurkan oleh KD Sri Klang dan disertai oleh ambilan 13, 14 dan 15 UM bertempat di Padang Sasar Jugra. Seawal jam 0630H, bas mula bergerak ke Jugra. Setibanya di lokasi, kesemua Pegawai Dalam Latihan (PDL) telah bergotong royong mendirikan khemah sementara menunggu kehadiran PALAPES Laut UiTm.



Para peserta telebih dahulu diberikan pendedahan dan taklimat oleh GI Nazemi dan GI Azwa dari UiTM berkenaan senjata M-4 sebelum memulakan latihan. PDL diajar berkenaan cara memegang senjata dan peraturan semasa menembak. Bagi latihan kali ini, peserta akan menembak target yang jaraknya 200m.



PDL bergambar kenangan

Diharapkan semua peserta dapat memanfaatkan latihan menembak kali ini dan akan berusaha gigih demi memantapkan skil menembak dalam diri masing masing. 

No comments:

Post a Comment