Sunday 14 December 2014

Perbarisan Pegawai Memerintah dan Upacara Pemakaian Pangkat




Tanggal 30 November 2014, Perbarisan Pegawai Memerintah KD Sri Klang telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 15 orang Pegawai Dalam Latihan (PDL) dan 5 orang Leftenan Muda telah terlibat dalam perbarisan tersebut. Perbarisan Pegawai Memerintah ini telah dimulakan dengan pemeriksaan baris sejurus selepas Pegawai Memerintah (CO),Kdr Prof Madya Dr. Jamalunlaili bin Abdullah PSSTLDM  tiba dan diteruskan dengan acara berjalan lalu oleh 5 platun keseluruhannya. Kemudian acara diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Samudera Raya dan Bangga Berkhidmat, bacaan doa diikuti ucapan CO dan akhir sekali sesi fotografi.
Sesi bergambar bersama Pegawai Memerintah
Sebelum masuk ke padang kawad
Kdr. Jamalulaili turut menyelitkan kepentingan akademik dalam ucapannya. Menurut beliau, ahli PALAPES Laut terutamanya haruslah mengutamakan pencapaian akademik seiring dengan semangat untuk berkhidmat demi negara. Beliau turut menjelaskan sekali kepentingan Perbarisan Pegawai Memerintah ini yang mana salah satu daripadanya adalah bagi menunjukkan kesiagaan anggota KD Sri Klang.

Setelah selesai perbarisan, upacara pemakaian pangkat bagi Pegawai Kadet Kanan pula telah diadakan bertempat di Dewan Makan KD Sri Klang. Upacara ini turut melibatkan kesemua Pegawai Kadet dari ketiga tiga universiti iaitu UM, UPM dan UiTM dan dimulakan oleh UM. Kenaikan pangkat Pegawai Kadet Ambilan 14 ini telah dipakaikan oleh CO KD Sri Klang, Kom. Jamalulaili sendiri dengan dibantu oleh Pegawai Koordinasi UM, Lt Aminuddin. 


CO memakaikan pangkat dibantu oleh Lt Aminuddin
Upacara Penyampaian Anugerah juga telah berlangsung sejurus tamat Upacara Pemakaian Pangkat. Lt Dya Mohd Nasarizal bin Nazaruddin PSSTLDM telah menerima sijil penghargaan selaku Pengarah FOMDEX manakala Lt Mohd Aminuddin bin Jamil TLDM selaku Pengarah Koordinas PALAPES Laut UM pula telah menerima sijil penghargaan berikutan beliau bakal menamatkan perkhidmatannya. Bravo Zulu diucapkan. 



Lt Dya Nasarizal menerima sijil daripada CO
Lt Aminuddin menerima sijil penghargaan daripada CO

Bravo Zulu kepada kesemua Pegawai Kadet Kanan Ambilan 14 yang telah dinaikkan pangkat serta semua PDL yang terlibat dalam menjayakan perbarisan kali ini. Semoga Palapes Laut UM kekal dalam melahirkan pegawai yang berkualiti dan berkebolehan dalam semua perkara. Jutaan ucapan terima kasih juga buat Lt Aminuddin atas segala khidmat bakti, nasihat serta sokongan sepanjang perkhidmatan beliau di Universiti Malaya. Semoga beliau berjaya dalam setiap yang diharapkan.


Ready for War Time, Relevant in Peace Time.

No comments:

Post a Comment